Kesusahan dan Kepayahan itu sudah berlalu

Assalammualaikum,

Anak saya tidak lama lagi akan berusia dua tahun.

Apabila melihat anak saya membesar hampir setiap hari, saya merasakan bersyukur kerana diberi peluang tanpa berjauhan dalam menbesarkan dan mendidik anak.

Berbanding keluarga lain yang mungkin terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki demi keluarga.

Jadi, sekurang-kurangnya masa kecilnya ini diperuntukkan sepenuhnya dalam jagaan saya dan isteri

Apabila besar kelak anak saya ini akan ada rumah sendiri dan duduk dengan suaminya pula. InsyaAllah.

Jadi, satu proses yang saya rasa amat bertuah kerana dipilih oleh Allah dalam menjadi ketua keluarga yang lengkap.

Kepayahan dan kesusahan

Sebagai seorang ayah atau sebagai seorang ibu,

setiap kesusahan dan kepayahan menjaga anak itu sebenarnya satu nikmat

Walaupun terasa teramat susah, nak tidur pun tak boleh, sakit-sakit badan dan sebagainya,

tapi apabila melihat kembali anak apabila dia tenang dan tidur,

semuanya akan hilang sekelip mata perasaan susah dan payah itu.

Itulah yang dikatakan nikmatnya hidup merasai kehidupan sebagai ibubapa setiap hari.

Setiap detik dapat dirasai tanpa sedikit pun tertinggal

Setiap proses dapat dilihat setiap hari dalam pembesaran anak

Jadi, segala kesusahan dan kepayahan itu berlalu tanpa disedari kita sudah melaluinya dahulu.

Oleh sebab itu,

setiap perkara yang kita rasa susah sekarang, InsyaAllah akan pasti senang dikemudian hari.

Apa yang perlu dibuat adalah TANPA RASA PUTUS ASA dan berdoa kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan.

InsyaAllah, kehidupan akan lebih bermakna selepas ini.

Sentiasa berdoa agar dapat menjalani kehidupan berkeluarga yang sebenar.

Maksud keluarga yang sebenar itu adalah apa yang disebutkan dalam Islam.

 

Published by razorjr

Research and Academician

%d bloggers like this: