Assalammualaikum,

Pada pertengahan april nanti, genap 2 tahun anak saya dan alhamdulillah, segala detik2 membesarkan anak telah berjaya ditempuhi dengan sabar dan menyeronokkan.

Sebenarnya, saya sendiri mendapati bahawa, kita memarahi anak itu bukan sebab tidak sayang pada anak tersebut, tetapi adalah lebih untuk mendidik.

Jadi, saya tahu apa sebab arwah ayah saya dahulu begitu garang dengan anak-anaknya dalam proses membesarkan dan mendidik kami.

Mungkin saya tidak menjadi seorang yang berguna seperti hari ini jika tidak kerana kegarangan dan ketegasan ayah saya dulu.

Saya menyedari, anak ini bukan boleh sekadar dimanjakan, tetapi perlu diberi penegasan.

Jika tidak, jadilah anakku sazali yang langsung tidak dipukul kerana sering dimanjakan dengan pelbagai perkara.

Cuba anda lihat sendiri,

Katakan anda membiarkan pekerja anda buat apa yang disukai,

maka lambat laun sudah pasti, mengambil kesempatan terhadap apa yang boleh termasuk mengambil wang syarikat sesuka hati.

Ini berlaku terhadap masyarakat kita kerana penegasan itu tiada.

Dibiarkan sahaja anak2 dan budak2 bermain tanpa penegasan.

Saya sendiri lihat, bagaimana ibubapa membiarkan sahaja anak2 mereka berlawan sesama sendiri dan bersikap tidak bertanggungjawab.

Membuang sampah tanpa dimarahi, melanggar dan merosakkan harta awam tanpa dimarahi.

Ya, ini saya lihat dengan mata sendiri sepanjang pengalaman ada anak ini.

Anda lihatlah nanti, 20 ke 30 tahun akan datang, jika tidak diperbetulkan, akan rosak budak tersebut.

Saya sendiri akui saya dahulu pun agak nakal,

tetapi saya berubah disebabkan sekeliling yang menasihati dan juga membimbing saya.

bagaimana agaknya jika tidak dibimbing dengan betul atau persekitaran tidak memainkan peranan

Oleh itu, kita kena sentiasa berterima kasih kepada masyarakat

Walaupun kita mendidik anak sedaya upaya, masyarakat juga perlu mendidik mereka.

Bukan sekadar kita sahaja.

Kita tak tahu apa yang berlaku di sekolah, di jalanan dan sebagainya.

Maka kita kena doa dari sekarang dan memastikan masyarakat juga baik.

Kenali jiran dan berbaik. Dan jika jiran tidak baik, maka baikkan dia.

Pastikan semua tahu kepentingan berjiran.

Mulakan sekarang dengan berjiran.

Jika dah ada rumah sendiri dan tetap, start dengan jiran sebelah secara berjiran.

berjiran juga ada batas, kerana nanti ada jiran mengambil kesempatan.

Maka perlu ada pemikiran kreatif dan inovatif dalam berjiran.

Tidak mengikut sahaja.

Disitu perlu wujudnya kesederhanaan dan KEBIJAKSANAAN.

InsyaAllah, hidup akan lebih bahagia.

Pesanan saya, didiklah anak semasa mereka kecil ini dengan elok.

Selalu luangkan masa dengan keluarga semasa mereka masih kecil.

kelak dan besar mereka akan ada kerja sendiri dan jarang pulang ke rumah.

Rumah yang besar tetap menjadi kecil.

Tetapi rumah yang aman tetap besar walaupun kecil.

Pastikan isinya berkualiti, dan bukan saiz rumah penentu segalanya, bukan duit penentu segalanya.

Tapi, kemanusiaan itu yang penting dalam mendapat keredhaan dan rahmat Allah S.W.T.

Itu matlamat kita untuk akhirat yang kekal abadi.

InsyaAllah.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s