Mengecat Rumah

Assalammualaikum,

Baru-baru ini saya selesai mengecat rumah saya sendiri dengan bantuan dua pelajar saya yang amat bagus hasil kerja mereka.

Ini membuktikan mereka ini bukan sahaja pelajar yang power programming, tetapi power dalam mengecat.

Baiklah, berbalik kepada cat rumah.

 

Langkah Pertama

– Pastikan anda dapat estimate berapa hari agaknya anda akan dapat siapkan cat rumah anda. Jika boleh cari waktu yang sekurang-kurang ada empat hari yang boleh anda berterusan cat (untuk rumah setingkat). Jika ada empat hari yang full, maka anda seorang pun insyaAllah boleh siap. Bahkan, dua kali lapis lagi.

– Jika tiada, dapatkan tenaga kerja dari rakan atau pelajar atau sesiapa yang boleh bantu anda untuk menyiapkan dalam dua hari full. Bermula jam 8 pagi hingga ke 5 petang. bawa bersama kelengkapan solat untuk solat dan makanan untuk dimakan (jika ini rumah baru dibeli untuk dicat)

– Estimate berapa bilangan tong cat diperlukan. Untuk saya, empat tong cat diperlukan (18 Liter Jotaplast Max WHite) berharga RM65 (RM65 x 4 = Rm260) untuk rumah setingkat. Dan dua kali lapisan.

-Roller. Beli Roller sudut sebanyak satu unit dan Roller Biasa (yang jenis silinder) mengikut bilangan yang anda suka. Saya beli roller biasa berharga Rm15 setiap satu.

– Batang roller yang adjustable dari 1 meter setengah sehingga 3 meter. Saya beli berharga RM17 setiap satu. Kadang-kadang longgar jadi saya sumbat kertas atau surat khabar lama.

– Plastik sampah bersaiz sangat besar untuk bertindak sebagai pelapik (yang hampir 1 meter darab 60 cm) dan pastikan ianya yang paling tebal. Ianya dijadikan pelapik mudah alih dna bagus berbanding suratkhabar.

– Soletape atau masking tape. Kena beli dalam 5 unit ke atas. untuk anda soletapekan bahagian bawah jubin anda untuk elak terkena jubin.

– Scrapper, untuk kikis simen atau bendasing di cat lama.

– Plastik kecil untuk balut lampu

– bekas untuk roller cat. Dalam bawah Rm5 kot tak silap saya.

– Filler untuk mengisi ruangan yang tak rata atau berlubang berharga RM5.80 saya beli.

 

Langkah Kedua

– Balut semua lampu dan soletape keseluruhan rumah anda dahulu. Jika dilakukan seorang, mengambil masa setengah hari juga untuk rumah setingkat.

– Kemudian buka tong cat dan tak perlu angkat tong cat yang berat tersebut, just sendengkan dan tuang dalam bekas dalam 1 liter ke 2 liter. Kemudian bila nak berhenti tuang, tarik secara perlahan dan cat yang mengalir dari tong akan terputus dengan sendiri. Tong cat diletakkan di atas plastik sampah besar .

 

Langkah 3

– Mulakan mengecat (pastikan pelapik sampah yang satu lagi tersedia dan tersebut ada) dengan teknik huruf N. Roller cat mestilah dibasahi setiap bulunya dengan tenyeh dekat bekas cat tersebut (just agak2). Jangan bagi menitis.

– Teknik N adalah anda mulakan menolak ke atas |, kemudian tarik ke kiri \ (sendeng) dan kemudian tolak ke atas |. jadilah huruf N. Kemudian tenyeh sebanyak dua atau tiga kali sahaja.  Pastikan huruf N itu mewakil jarak sebanyak 50 cm lebar dan tinggi 1 meter ke 1.5 meter. Kemudian lakukan perkara yang sama untuk bahagian bawah. Maka lengkaplah 50 cm lebar darab 3 meter punya dinding dalam masa saya rasa untuk 5 minit. Lakukan untuk keseluruhan bilik.

– Terpulang nak cat bilik atau hall dahulu. Untuk saya, saya cat mengikut kepentingan.

 

Langkah 4

– Seterusnya, lapisan kedua diulang perkara yang sama untuk langkah 3.

– Untuk bucu tinggi dan antara siling dan dinding, guna sahaja Roller sudut atau bersegi jika ada. Tak perlu panjat tangga. Jika panjat tangga bagus juga.

 

Langkah 5.

– Selesai tugas mengecat anda.

 

Tips2:

1. Cat secara berkumpulan lagi menarik dan seronok serta laju.

2. Untuk cat jenis kapur, atau Jotaplast diatas, ianya boleh tanggal dengan elok dengan water pressure (mesin water pressure 100 bar ke atas). Jika degil, sorang water pressurekan dan sorang lagi tenyeh guna alatan plastik. Mudah tak perlu asid yang merosakan jubin anda.

3. Untuk bahagian2 lain, tenyeh perlahan2 cat yang terkena dengan scrapper plastik. Tanya kedai hardware ada jual.

 

Maka, tamatlah edisi mengecat anda. Sebenarnya, cat yang saya guna tak campur air. Jadi, memang nampak putih betul rumah saya berbanding warna cream yang diletakkan pemaju. Letih memang letih tetapi ianya amat berbaloi dan bagus.

 

Published by razorjr

Research and Academician

2 thoughts on “Mengecat Rumah

    1. Saya tak reti pula nak bagi by sqft tapi saya cat dua kali/lapis siap lebih lagi setengah tong untuk rumah setingkat. 3+2 (bedroom+bathroom) . Rumah ni hanya sebesar 18 kaki darab 45 kaki (binaan dalam).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: