Assalammualaikum,
Saya rasa sudah lama tidak mengemaskini laman web saya ini.
Banyak juga isu2 penting yang telah berlaku seperti
a) Pindah rumah sewa ke rumah baru
b) Badminton kita telah kalah bergaya kepada Jepun 2-3 semalam
dan pelbagai lagi isu2 penting yang berlaku
Hari ini saya akan berangkat ke klia2 (ianya dalam lowercase ‘klia2’ dan bukan KLIA 2 atau KLIA2)
Ini juga menimbulkan perdebatan antara ahli akademik dan juga “ahli lain” kerana ada yang mahu ditukar ke KLIA 2 dan ada yang mahu klia2 dikekalkan.
Bagi saya, ianya tetap nama khas dan tidak kisah apa hendak digunakan. Banyak lagi isu penting perlu diselesaikan sebelum ke arah tersebut.
Bagi saya, pokok utama adalah bagaimana nak bagi rakyat Malaysia menyayangi bahasa sendiri.
sekiranya kita sudah melahirkan generasi yang suka dan menyayangi bahasa sendiri, secara automatik tidak akan timbul isu nak buat nama ntah apa2 lagi selepas ini.
Untuk klia2, saya difahamkan jarak hendak berjalan sudah jauh tetapi sangat luas. Jadi, anda boleh berjalan tanpa berhimpit2 dan ini amat bagus.
Bahkan, semasa saya membawa Professor pelawat dari Australia, beliau berkata ianya amat luas walaupun terpaksa berjalan agak jauh juga. Bayangkan seorang mat saleh juga mengatakan agak jauh untuk berjalan apatah lagi kita ini.
Saya akan update entry2 lagi selepas ini. Esok pagi jam 6.50 pagi pesawat akan berlepas ke Bandung, Indonesia.
Jadi, tunggu next update. Supir telah ditempah dan menanti disana nanti.
Untuk hari pergi dan sehingga hari balik. Jadi, tidak perlu pening2 memikirkan supir dah.