Assalammualaikum,
Kami bangun jam 3 pagi dan bersiap-siap menuju ke KLIA 2,
Seperti biasa, saya meletakkan kereta dan sememangnya apabila balik kelak bayaran parkingnya mungkin mencecah RM200. Tetapi tidak mengapa yang penting ianya selamat.
Dalam jam 6.20 pagi (setelah solat sebelumnya), kami menaiki pesawat Air Asia 416 dan tiba di Bandung (waktu Bandung) dalam jam 8.00 pagi.
Airportnya agak biasa dan pengambilan bagasi agak biasa.
Seterusnya, kami bergerak ke hotel menaiki Avanza baru yang berharga 140 juta rupiah sahaja (dalam RM40++ ribu sahaja) dan check in di Aston Braga.
Saya sempat melihat sekitar tempat persidangan berlangsung dan amat baik sekali progressnya.
Setelah meletak barang, kami membeli belah sedikit di Pasar Baru.
Setelah ke Pasar Baru, kami pergi makan di sebuah restoran masakan Padang. Harganya agak biasa dan sama seperti di Malaysia. (sekitar RM30++)
Kemudian, saya, isteri dan anak berehat di hotel sementara menunggu untuk ke rumah kain yang saya rasakan tiada apa yang kami suka di sana. Mungkin orang l
ain berminat kot. Tetapi bukan bagi kami.
Kami terus ke restoran Belacan makan malam.
Dan seterusnya berjalan-jalan sekitar kawasan restoran Belacan di mana ada banyak kedai pakaian dan gedung membeli belah.
Lihat gambar2 yang saya upload.