Assalammualaikum,
Sebenarnya, banyak saya tak sempat nak tulis tetapi saya biarkan gambar berbicara. Tetapi saya sertakan sedikit entri untuk anda semua
1. Hari kedua (rabu) kami bergerak pagi2 ke Pasar Baru. Disana ada satu kedai yang best bernama Sona. Kena cari kedai ini. Kerana kedai The Passion telah tiada dan akan berpindah ke bangunannya sendiri kelak.
2. Setelah itu kami makan di tingkat atas kedai bernama Kemangi. Makan ayam penyet. Apa yang bagus, ayam penyet di Bandung ini semuanya menggunakan ayam yang tidak disuntik dan amat sihat. berbanding yang di Malaysia penuh lemak. Di sana semua yang saya makan tiada lemak. benar dan ini memang benar sekali. Makan untuk dua orang dan bayi adalah IDR 92k.
3. Setelah itu kami pulang, dan malamnya ke Kampung daun dalam 1 jam lebih sampai. Makan untuk tiga orang adalah dalam IDR 300k. Ada rakan saya juga yang saya jemput untuk makan sekali.
4. Pada keesokkan harinya kami bergerak ke Tongkuban Perahu. Ingatkan tak ramai orang, sekali ramai orang dan orang yang menjual tak terkejar dengan bilangan pengunjung yang jauh lebih ramai. Seterusnya kami ke Rumah Mode dan juga ke Kartika Sari untuk beli brownies. Bayaran entri IDR 75k seorang dan kenderaan IDR 15k untuk masuk ke Tongkuban Perahu.
5. Seterusnya kami pulang dan malamnya makan di Bebek Garang. Nasi boleh tambah free lagi.
6. Kami pulang pada jumaat dengan senang hari menaiki pesawat. Tax adalah IDR 75k setiap seorang termasuk kanak2 dua tahun juga kena. Mungkin infant tak kena.
7. Sampai di klia2, anda kena berhati2 kerana kastam check secara random. Jika nasib tak bagus, kena tax. Supir di Indonesia untuk tiga hari (27 – 29 Mei) adalah IDR 1,170,000 (390k setiap hari)
8. Bayaran parking dari Selasa jam 4 pagi hingga Jumaat jam 12.30 tengahhari adalah RM168.00 di klia2.
Selamat berjalan di Bandung.