Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum,

Seperti biasa, kita sekali lagi dapat kenikmatan menyambut Ramadhan pada kali ini.

Namun, setiap tahun, bertambahnya usia kita dalam menyambut Ramadhan ini membawa maksud kita juga harus menambah tahap pemyambutan Ramadhan setiap kali bertambahnya usia.

Sudah sebulan saya tidak update sebarang maklumat dalam website saya tetapi ada beberapa perkara yang harus saya sampaikan.

Antaranya yang berlaku adalah ada sebahagian pelajar terlalu beria-ria mahu menaikkan markah mereka tanpa mereka menyedari bahawa apa tujuan mereka sebenarnya.

Tujuan kita belajar bukanlah untuk dapat grade terbaik.

Tetapi adalah untuk mendapatkan pengalaman mencari ilmu dan juga bagaimana untuk menggunakan ilmu tersebut.

Dapatlah A+++ sekalipun jika ilmu itu tidak tahu digunakan.

Mengapa?

Banyak rakan saya berjaya dalam kehidupan walaupun pointer adalah bertaraf biasa dan bergaji besar

Jika mahu besar lagi, boleh mencuba bidang perniagaan.

Jadi, duit bukan masalah utama dan mendapatkan degree bukan untuk dapat duit banyak.

Apa? Anda ingin dapat grade terbaik supaya dapat kerja terbaik?

Salah.

Berniaga lebih banyak dapat duit dan tak payah masuk degree pun. Cukup sekadar lulus pun takpa.

Oleh itu, yang utama disini adalah untuk mendapatkan tahap kematangan anda semua dalam menggunakan dan mengamalkan ilmu tersebut.

Saya tidak suka pelajar yang sekadar mahu menaikkan pointer dan grade tanpa menyedari tujuan apa nak naikkan?

Untuk dapat pujian rakan? Untuk Anugerah Dekan? Untuk graduate awal? Apa lagi?

Itu semua bukan tujuan UTAMA!!!.

Tujuan utama adalah untuk mematangkan diri anda dalam mencari ilmu yang bermanfaat kerana Allah S.W.T.

Oleh itu, hayati betul2 apa yang sebenarnya anda mahu dalam dunia ini untuk kebahagian akhirat.

Nak gaji besar bukan dengan belajar (secara amnya)

Oleh itu, betulkan sekali lagi niat anda dan apa yang anda mahu dalam kehidupan ini.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Ingat apa yang anda mahu dalam dunia ini.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: