Assalammualaikum,
Agak lama juga saya tidak menulis di blog saya ini akibat masa yang mungkin tidak terbahagi secara pentingnya. Tapi ini tidak menghalang saya daripada tidak menulis langsung.
Baiklah, raya 2014 hampir menjelma, tatkala kita dikejutkan dengan Gaza diserang, dan terhempasnya MH17 membuatkan kita sering terfikir adakah ini satu suratan takdir ataupun satu ujian buat kita yang hidup ini?
Saya sering berfikir, yang setiap manusia ini Allah jadikan ianya berbeza disebabkan perlunya kita saling bantu membantu. Jika tidak Allah boleh sahaja jadikan kita semua ini miskin ataupun kaya sahaja. Tetapi kita lihat terdapat pelbagai lapisan masyarakat ada di dunia ini.
Ada yang mampu, ada yang terlebih mampu dan ada yang kurang berkemampuan.
Dengan harta didunia ini, tidak perlu kebanggaan melebih. Ada yang menganggap harta ini hanya tertumpu kepada kuantiti. Dari segi duit dan berapa bilangan tanahnya.
Sedangkan rezeki itu ada pelbagai. Ianya terdiri daripada anak yang soleh dan solehah, jiran2 yang baik, kesihatan yang baik, nasib diri yang baik, perasaan yang baik, keluarga yang baik, dan pelbagai jenis dan bentuk kekayaan yang ada di dunia ini tetapi mata kita dikaburkan dengan hanya wang ringgit semata-mata.
Oleh itu, saya dengan rendah diri mengajak diri saya sendiri dan pembaca2 sekalian agar memahami erti kehidupan yang sebenar.
Inilah yang dikatakan takut akhirat tetapi cintakan dunia.
Sama seperti kita bertanya diri kita, adakah kita takkan baik flight lagi disebabkan MH17 terhempas dan MH370 hilang?
Macam menganggap Allah tarik nyawa kita jika naik pesawat sahaja. Sedangkan anda dan kita semua duduk dirumah pun Allah boleh tarik nyawa dengan terjatuh di bilik air, sakit jantung tiba2, atau ditikam dengan perompak.
Adalah satu pemikiran cetek menganggap kematian itu terhad kepada satu perkara penyebab sahaja.
Cuma yang boleh kita buat adalah berdia agar kita mengalami kematian berbentuk sakit yang singkat tetapi kematian datang dalam keadaan tidak menyusahkan orang lain.
Akhir kata, marilah kita sentiasa memperbaiki diri kita ini agar menjadi minda muslim super. Saya sebagai pensyarah sentiasa mengingatkan diri saya sendiri agar sentiasa mencari ilmu dan mengembangkan ilmu kepada orang lain. Walaupun bidang perniagaan adalah yang paling disarankan Nabi, tetapi bidang ilmu juga ditekankan oleh Nabi. Ianya salah satu yang disebut sebagai tiga perkara yang berterusan selepas kita meninggalkan dunia ini iaitu ilmu yang bermanfaat.
Maka secara kesimpulannya, pilih jalan yang paling optimum bagi kita dalam memacu umat Islam ke arah kecemerlangan. Jika ilmu merupakan paling terbaik boleh kita lakukan, pilih cabang ilmu. Dan jika dengan perniagaan kita boleh lakukan terbaik dalam membantu umat Islam, pilih jalan tersebut.
Allah itu Maha Adil, yang paling terbaik bagi umat manusia adalah umat yang memberi impak kepada ramai umat yang lain. Jadikan kita ini seseorang berimpak tinggi kepada masyarakat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
Dari saya, isteri dan anak.