Assalammualaikum,

Alhamdulillah, hari raya pertama dan hari raya kedua amat mensukacitakan saya (ada ke perkataan ni?) kerana dapat pergi ke rumah saudara belah mak dan ayah mertua saya. Walaupun terdapat pelbagai halangan dari segi perancangan dan juga permakanan. Ini yang saya dapat hasil dua hari berhari raya tersebut.

1) Disebabkan perut kita ni dah biasa puasa 29/30 hari di bulan Ramadhan, maka jika kita hantam makan tak ingat dunia ni macam mana maka alamatnya kemungkinan besar individu yang perutnya sensitif akan mengalami gejala sakit perut seperti kembung dan cirit birit. Bahkan mungkin ada yang sampai demam serta diserang senak perut. Ini kerana perut terkejut akibat makan tatkala perut ingat time 6 pagi sampai 7 malam anda tak makan apa2. Jadi nasihat saya kepada diri sendiri adalah beringat dan makan secara slow motion agar perut dapat dilatih kembali seperti keadaan normal.

Tapi nak buat mcm mana lauk kat depan mata tu best sgt jadi kalau sakit ke hapa tanggung sendiri la.

2) Salam. Kepada lelaki dan perempuan ingat sapa yang anda boleh salam. Jangan main hentam kromo salam semua sebab ini adalah dari Al-Quran an Hadis. Jadi belajar lah agama dan salam2 tersebut. Try sedaya upaya beritahu perkara sebenar dan elak bersalam bukan mahram.

3) Solat. Jangan lupa solat tatkala sibuk beraya. Kerana solat itu penting. Jamak jika keadaan terpaksa dan jangan qasar pulak. Kecuali lebih 90 km.

4) Saya juga merasa seronok dapat beraya dari pagi sampai ke tengah malam. Itulah yang bagus kerana dapat duduk lama2 dan berborak. Tangkap gambar untuk kenang kenangan.

5) Gambar setiap orang atau saudara wajib ditangkap kerana itulah kenangan kita dalam bentuk fizikal. Tapi harus diingatkan agar cuci sebahagian gambar tersebut. Jangan dibiarkan secara digital sahaja kerana ikut pengalaman, memang ramai orang dah kurang sgt cuci gmbar.

6) Kalau boleh kita cuba pakai baju melayu untuk dua hari beraya tetapi jika rimas, pakai baju biasa pada hari kedua. Saya akui agak rimas dgn kain baju melayu dan hari kedua dah pakai baju biasa. Takpa, yang penting havoc.

7) Rehat apabila ada masa. Kerana perjalanan yang lama dan jauh memenatkan. Ada masa take a nap dalam 15 minit ke 30 minit. Jangan lama kerana akan jadi makin letih kecuali mmg anda lama kat rumah saudara anda.

Akhir kata, tak kira sikit atau byk rumah yang dipergi. Spend masa lama sikit tetapi jgn terlalu lama atau terlalu cepat. Setahun sekali aje anda datang jadi tak salah lama sikit. Dan, jgn disedihkan sekiranya saudara anda mungkin sikit tetapi yg penting semangat beraya itu ada. Lawat sebanyak mungkin saudara dan rakan. Lawat belah saudara ayah dan mak kerana mereka ini majoritinya sudah duduk secara tetap dan anak2 aje yg pulang ke kampung. Generasi yang lebih tua lagi bagus. Dan, hulurkan wang jika mampu dan jika tidak mampu berboraklah dgn mereka atau kedua duanya.

Selamat Hari Raya AidilFitri.
Sent from my Lumia

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s