Assalammualaikum,
Baiklah kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya dalam surviving ketika VIVA.
Sebenarnya jika ditaip di Google, berlambak tips2 menarik dan anda boleh ikut semua tips tersebut.
Namun, jika saya melihat kembali selepas tamat VIVA tempoh hari.
Hanya beberapa sahaja elemen penting yang kita perlu tahu.
Untuk makluman, ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja dan tidak direka dan ditokok tambah.
Sebarang cadangan dan pandangan ini adalah sekadar untuk bacaan dan saya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi sekiranya mengikut apa tips saya akan bagi.
Sebelum itu, saya akan buat beberapa assumption
1) Anda telah bersedia dari segi kandungan thesis – Semua telah dibaca dan diteliti
2) Anda telah siapkan slide
3) Anda sudah ada tarikh hendak VIVA
4) Entahlah ikut sukala
Tips #1 Present ikut masa bro!
– Ya, jika anda diberitahu anda ada 30 minit, guna hanya 30 minit itu sahaja dan jangan melambatkan. Percayalahapa yang saya katakan ini. Sebab itu saya cakap pastikan anda buat slide ikut masa yang diberikan
Tips #2 Jangan letak ayat yang menjerat diri anda sendiri
– Ya, dalam slide letak ayat yang anda mampu olah dan mampu “bersilat”. Jika anda letak ayat canggih manggih tapi bila ditanya anda ternganga dan pulak tu anda ingat maksudnya sebegini tetapi rupanya maksudnya lain sebab anda tersalah yakin maksudnya. Macam ayat efficient dan effective. Anda letak aje ayat tu tapi jika tak paham betul2 maksudnya, jangan letak. Biarlah di dalam thesis jika dah letak.
Tips #3 Defend? Defend secara professional
– Bro, jika dah defend tu, defend dengan ayat2 tersusun dan jika silap anda pilih ayat mampus siot. Biar jawab secara pendek asalkan depa faham. DAN jika anda dapati reviewer macam tidak berpuas hati maka anda cakap anda akan buat catatan dan akan memperbetulkan. Biasalah bro, kita aje dengan supervisor faham apa yang kita buat. Anda buat macam mana pun depa nak jugak depa betul.Biasalah.
Tips #4 Defend seperti anda tidak mahu mati ketika di medan perang.
– Maksudnya sehabis-habisan mempertahankan apa yang anda tulis. Guna segala mak nenek yang ada dalam minda anda dan jangan diam. Melainkan dia dah tanya nak suruh tambah itu takpa. Tetapi jika melibatkan pertikaian, set dalam minda anda “We can go all day and night but I will definitely defend my thesis”. Kalau boleh seolah-olah buat macam kita bermati-matian defend kecuali benda yang dia nak tambah sebab takda. Contohnya kadang2 ada reviewer suh buat graph bentuk macam ini dan macam itu sedangkan mana ada bidang kita buat benda tu. Takpalah, buat ajelah, asalkan dia tak pertikai data kita. Sebab dia nak suruh kita buat graph berbentuk baru aje atau graph jenis lain aje.
Tips #5 Minum air jika boleh (air mineral selalunya diberi).
– Jika anda menghadapi kesukaran, minum air dulu bro, relax kejap 5 minit dan datang balik jika dibenarkan. Macam anda hendak ke tandas dan sebagainya. Bagi tenang skit minda.
Tips #6 Defend dengan muka seyakin habis.
Maksudnya muka biar yakin walaupun hati tidak yakin. InsyaAllah itu membuatkan reviewer macam Nampak anda ni yakin dengan apa yang hendak dibuat
Tips #7 Bedal ajelah bro sebab sedang VIVA (setakat ini aje kot sebab ini yang utama)
Jika dalam tu anda dah mati kutu, bedal aje bro dengan fakta yang ada jika telah kering segala-galanya. Asalkan ikut fakta betul, maksudnya buat aje analogi yang boleh bantu anda dan rujuk segala nota2 dan juga references yang anda bawak. Google sahaja atau akses ke Dropbox jika perlu. Guna aje segala mak nenek yang ada untuk jawab soalan panel. Buat hati keras aje bro. Biar diorang tunggu kita nak bukak simulation ke apa ke janji kita defend.
Goodluck kepada sesiapa yang nak VIVA PHD atau mungkin juga Master By research.
Yang penting….
YAKIN AJE BRO!!!!!
nice tips n stylo..tq for inspiring me for the coming viva for my Masters in Education by research
Salam Dr. Asyrani. Terima kasih kerana berkongsi laman web ini dengan orang ramai supaya kami lebih mengenali dunia akademik. Saya ada 1 soalan ingin bertanya kepada Dr… Setahu saya bagi peringkat undergraduate, institusi yang kita belajar tu perlu diiktiraf oleh JPA, tapi sampai ke peringkat Masters dan PhD institusi yang kita belajar perlu juga diiktiraf JPA kah? Sebab saya pernah nampak pensyarah-pensyarah IPTA yang balik dari luar negara tetapi institusinya macam tak dapat dicari dalam senarai yang diiktiraf oleh JPA.. Keliru… terima kasih Dr…
Salam,
Baiklah, universiti ada kuasa tersendiri menentukan universiti terbabit diterima atau tidak. walaupun mungkin tidak diiktiraf JPA, mereka adalah badan berkanun. Harus diingatkan, universiti awam ada hak buat gaji sendiri, sistem sendiri, elaun sendiri dan sebagainya. JPA sebagai guideline tetapi tidak wajib ikut.
Oh, rupanya begitu… terima kasih atas perkongsian Dr… 🙂