Assalammualaikum,
Saya cuba membuat secara ringkas mungkin perjalanan saya bersama keluarga ke Krabi, Thailand.
March 11, 2015
– Bergerak ke klia2 sekitar jam 10 pagi dan tiba jam 11++ pagi di klia2
– Tiba di Krabi pada jam 2 pm waktu tempatan (waktu Thailand)
– Bayaran Taxi adalah 600 Baht
– Perjalanan adalah sekitar 30 minit ke Aonang Goodwill Hotel.
– Hotel telah ditempah kira-kira dua bulan awal dengan harga RM600++ untuk lima hari empat malam.
– Tiket pula untuk AirAsia (tiga orang), pilih seat, pergi 25 Kg, dan pulang 40 Kg = berharga dalam RM1021.00
– Menempah pula pakej ke Phi-Phi Island sebanyak 1000 Baht seorang (Total 2000 Baht untuk dua orang dan anak free). Tempahan boleh dibuat di hotel sahaja tanpa perlu keluar pergi ke agensi lain.
– Petang harinya keluar jalan2 dan beli waterproof beg 5 Liter berharga 300 Baht dan merasa nutella Pancake 40 Baht. Jauh juga jalan kaki sambil dukung anak ke Pantai Aonang tersebut (dlm 950 meter)
12 March 2015
– Pagi2 lagi berkumpul di halaman Hotel.
– Pakej ni siap makan lunch halal.
– Tempah untuk esok pula untuk pakej naik gajah, pergi Emerald Pool, Hot Spring berharga 1800 Baht (seorang 900 Baht). Ada sekali pakej ni dengan Temple Tiger tetapi tak melawat just duduk kat luar aje. Malas melawat temple2 ni.
– Enjoy gambar2 di bawah
13 March 2015
– Berkumpul untuk program hari ini di Lobi Hotel.
– Seperti biasa siap pakej halal food untuk lunch
– Malamnya beli baju dan souvenir.
– Dapatlah satu baju sekitar 150 Baht
14 March 2015
– jalan2 sekitar hotel ke Pantai Aonang
– Beli baju lagi dan souvenir
– Tempah taxi untuk balik esoknya jam 5.30 pagi 600 Baht
Makan di Krabi
Hari pertama Malam – 405 Baht (Bamboo restaurant)
Hari Kedua Malam – 405 Baht (Antara hotel kami dan masjid aje)
Hari Ketiga Malam – 725 Baht (Dekat restoran hijau seberang jalan hadapan masjid. Ya Aonang Goodwill ni sebelah aje masjid)
Hari Keempat Tengahhari – 315 Baht (Antara hotel kami dan masjid aje)
Hari Keempat Malam – 720 Baht (Makan dekat restoran sebelah dari estoran hijau seberang jalan hadapan masjid)