Salam Jumaat semua.
Agak lama juga saya tidak update blog ini.
Selain dari bahagian teaching untuk semester ini, hampir tiada posts sepanjang dua bulan selepas pulang dari Krabi, Thailand bulan march.
Biasalah, masa terus kehadapan dan tidak meninggalkan kita.
Jika kita terlambat untuk setiap saat, maka amat rugilah kita.
Ianya sama sahaja jika anda terlepas saat anda membesarkan dan mendidik anak anda sendiri sebab anda sibuk sangat semasa muda. Akibatnya anda mungkin nanti dapat bermain dengan cucu sahaja tetapi tanpa kudrat yang baik.
Dalam 2015 ini, pelbagai berita mengejutkan dan juga sangat tidak baik untuk masyarakat kita terpampang di media massa.
Saya sebagai manusia biasa, mestilah ada rasa marah, mestilah ada rasa ingin tahu dan berdebat juga dengan rakan2.
Tidak usahlah mendabik dada sebagai ahli akademik atau ilmuan tertinggi maka anda tidak perlu marah. Ianya benar. tetapi anda kena terima realiti apa diri anda sebenar.
Bagus untuk mengawal kemarahan atau lain-lain perasaan bila kita berilmu. Cuma,jangan risau jika anda berada di luar kawalan sedikit kerana itu lumrah manusia sebagai orang melakukan kesilapan.
Anda perfect?
Saya awal2 tahu itu adalah kenyataan penipuan.
Tiada siapa di dunia ini sangat sempurna. Kerana Allah sudah sebut kita ini manusia. Sekadar insan.
Masalah jenayah, kemalangan, nasib tidak baik, dapat naik pangkat, dapat rezeki banyak.
Apa itu sebenarnya?
Senang sahaja.
Ujian.
Habis kenapa anda berebut sangat dunia ini? Jika dah tahu semua itu ujian dan keputusannya di akhirat?
Berebut.
Anda boleh berebut, iaitu kerana Allah S.W.T. untuk akhirat.
Jika anda berjaya setiap satu ujian itu, maka insyaAllah janji Allah itu pasti.
Ingat, kuatkan semangat untuk terus mara walau apa jua ujian menimpa.
Jangan diingatkan nasib yang baik sepanjang masa, rezeki yang mencurah sepanjang masa itu bukan ujian. Itu juga ujian.
Apa kita boleh buat?
Hadapi ujian dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Tanda kita sedang diuji.
Ingat, rebut dunia untuk akhirat.
Salam Jumaat