Baiklah,
Kali ini kita ke Phuket pula.
1. Sebenarnya, Phuket ini jika dibandingkan dengan Krabi, saya lebih mengemari Krabi.
2. Walaupun dari Phuket, kita mampu ke pulau2 yang juga berdekatan Krabi. Tetapi di Krabi, ianya lebih bagus.
3. Cuma, di Phuket, lebih banyak tempat bergembira dan juga terdapat Mall serta lebih happening berbanding Krabi. Bahkan juga tempat untuk dilawati juga banyak berbanding di Krabi.
4. Apa yang lebih bagus berbanding Phuket jika point No.3 seperti menidakkan point No.2? Anda akan tahu sendiri jika dah pergi kedua-dua tempat iaitu Krabi dan Phuket. Maksud pergi itu adalah duduk 2,3 malam dan bukan sekadar pergi sehari sahaja. Anda akan tahu maksud lebih baik terutamanya bagi yang beragama Islam.
5. Majoritinya harga makanan agak mahal di Phuket ini. Tetapi ada port yang murah. Anda kena tahu dan rajin bertanya.
6. Hotel lagi tersangat banyak berbanding di Krabi.
Tidak mengapa, mari layan gambar.















Di Factory Outlet di Phuket


Tengah pesan Pancake





Sleep with me Hotel di hadapan Shopping Mall Jungceylon di Phuket
Jungceylon Mall di Phuket
Makan di Restoran Muslim
Sekitar pemandangan dari Restoran Muslim tersebut – terletak di tepi laut
