Perihal Elaun Keraian

1. Pensyarah DS45 tidak ada Elaun Keraian. Hanya yang bertaraf Kanan sahaja iaitu DS51 keatas. Buktinya slip gaji saya sendiri kerana yang diberi adalah:
– IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (GRED 41 – 45)
– IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (GRED 45 – 52)
– BANTUAN SARA HIDUP (KAWASAN B)
– Bukti yang Bertaraf Kanan boleh rujuk contoh elaun gaji di USM (http://reg.upm.edu.my/reg/etc/gaji.pdf) *bermaksud Imbuhan tetap keraian)

2. Carian di https://sistem.jpa.gov.my/ppspp/ juga mendapati yang terlibat Elaun Keraian adalah:
– JUSA C,B, dan A (https://sistem.jpa.gov.my/…/971-pindaan-kadar-imbuhan-tetap…)
– Setiausaha Sulit Kanan (http://docs.jpa.gov.my/docs/spp/1984/spp011984.pdf)
– Pegawai2 Tertinggi (http://docs.jpa.gov.my/docs/spp/1979/spp151979.pdf)

Berbalik kepada soal apakah fungsi Elaun Keraian – Sememangnya ianya jika dilihat untuk merai tetamu. Tetapi saya tidak menjumpai pula ianya tidak termasuk ahli keluarga dan sebagainya.

Seperti pelajar mendapat Bantuan Buku tetapi membeli benda lain. FAQ di laman JPA juga tiada berkaitan Elaun ini kerana takrifannya agak terhad.

Di bahagian FAQ laman JPA hanya mengandungi (Bahagian Elaun dan Kemudahan):
– http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id=146%3Afaq-elaun&Itemid=39&layout=default&lang=ms (ada tiga belas perkara tetapi tiada menyebut Elaun Keraian)
– http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id=147%3Afaq-kemudahan&Itemid=39&layout=default&lang=ms (ada enam perkara tetapi tiada menyebut Elaun keraian)

 

About the Author razorjr

Research and Academician

One comment

Comments are closed.