Assalammualaikum,
Alhamdullilah. Tahniah kepada umat manusia yang Berjaya memanfaatkan Ramadhan seterusnya mencapai kemenangan di Aidilfitri.
Seperti kebiasaan, raya ini merupakan masa berhimpun yang amat popular di Malaysia.
Apalah salahnya pulang lama sedikit. Memang mungkin ada sengketa lama tetapi cuba abaikan buat masa ini.
Salah dan silap ni, kita nih manusia.
Adakalanya masa silam kita asyik duk perabih beras dan duit mak bapak.
Tetapi bila dah besar dan berkerjaya siap jadi berduit banyak, maka Alhamdulillah kita membalas kembali jasa2 mereka.
Kita ni.
Kita ni susah nak cakap dan fahami bagaimana dunia ini bertindak.
Sebab dunia ni sementara beb.
Sebab tu kita buat silap dan salah.
Mana ada yang perfect. Kita buat keputusan mana lah keputusan itu 100% betul.
Macam ada nak pilih bertolak pagi ke malam.
Sama aje. Bezanya Cuma pengalaman. Sampai tetap sama insyaAllah.
Contohnya jika pagi bertolak, anda dah segar, sihat badan, maka perjalanan pun terang berderang. Tetapi jem sikit aje. Tak payahlah baran dengan orang yang tiba2 masuk line kita. Dan sebagainya. Bagi ajelah depa. Nak buat macam mana.
Kat highway atau jalan raya ini, pastikan anda buat apa yang anda fikir betul, dan BUKANNYA APA YANG BETUL.
CONTOH – ada kereta slow sgt di laluan tengah highway. (3 lane highway)
BETUL = Dilarang memotong di lorong kiri tetapi belah kanan kereta tengah laju
ANDA FIKIR BETUL = Tunggu sehingga lane kanan clear dan potong. JANGAN POTONG BELAH KIRI.
INgat, apalah bezanya seminit dua atau sejam dua. Berbanding di hospital atau di workshop seharian.
Okeh guys.
Sambut raya dengan tenang. Tak payah gaduh lagi. Cukuplah. Fikir yang kita juga banyak salah dan silap.
Selamat Hari Raya semua.