Alhamdulillah,

Tempoh dari 2009 hingga sekarang adalah 6 tahun yang sangat baik.

Menjadi pengajar merupakan suatu yang mencabar dan menyeronokkan.

Tambahan apabila anda berpeluang mencorakkan keperibadian pelajar dan memberi nasihat.

Itulah hebatnya menjadi guru ini tetapi harus diingat ilmu harus disampaikan dengan matlamat.

Tidak berguna juga ilmu disampaikan dari kulit buku hadapan ke kulit buku belakang tanpa ada “isi”.

Apakah itu “isi”?

Adakah dengan mengajar sebanyak-banyaknya maka banyak pelajar dapat input.

Bagi saya, input sebenar adalah berapa banyak pelajar dapat adaptasikan dalam kehidupan dan alam pekerjaan.

Setiap topik ada matlamatnya. Yang penting adalah matlamat itu tercapai. Tidak perlu sehingga berjam-jam lamanya mengajar tetapi isinya kosong. Biarkan singkat tetapi padat dan penuh ilmu yang “berisi”.

Kepada pelajar2 saya, pastikan anda tahu. Kehidupan adalah bukan sekadar baca buku, hafal, dan skor pointer hebat2. Tetapi ianya beyond that. Ianya lebih dari itu.

Anda harus jadi insan.

Anda tidak boleh jadi robot.

Jadilah seorang manusia yang memahami situasi sebenar anda berada di dunia ini untuk akhirat (dunia satu lagi) kelak.

Tatkala anda dapat memahaminya, anda mendapati satu keseronokan dan kehebatan kehidupan di dunia ini untuk bekalan di akhirat.

Tidak perlu stay up sehingga lewat malam

Tidak perlu menelaahn buku beribu-ribu harganya

Semuanya adalah dengan apa yang penting untuk kehidupan dan perjalanan anda ke akhirat kelak.

Fahamkan matlamat anda dengan jelas.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s