Salam,
Kali ini saya nak kongsi pengalaman saya berlari Half Marathon dengan training yang agak teruk.
Fakta:
Saya tidak masuk mana2 event mcm ni seumur hidup saya
Saya takat paling jauh pun 15 km masa zaman aktif saya di Botanikal Garden Melaka itupun tahun 2010 dulu.
Saya berhenti jogging secara berkala sejak 2013 dan sekadar kadang2 aje jogging.
Kira-kira tiga bulan lebih sebelum bermulanya half marathon, saya secara extensive berlari 3-5 km seminggu tiga ke empat kali untuk menaikkan pace disebabkan bersemangat nak run for half marathon
Tetapi masuk sahaja penghujung Sept, saya banyak outstation termasuk ke Prague, kemudian ke Penang dan kemudian hanya berjogging sekali sahaja pada 13 October.
Selepas itu saya tak berjogging dan training langsung sehinggalah awal November dan hanya tiga kali sahaja iaitu 6, 8 dan 9 November dan sekadar kurang 3km.
Saya rasa macam berbelah bahagi nak teruskan ke tak. Tetapi niat ingin merasa juga akhir saya teruskan juga semalam iaitu 12 November.
Pace
Pada peringkat awalnya iaitu dalam 4 kilometer pertama semuanya baik sahaja. Tetapi masuk km ke 5 kaki saya melecet dan minta bantuan medic untuk sapu minyak angin dan balut kaki kedua dua belah. Pace saya seawal 10 kilometer masih ok iaitu sekitar 7 ke 8 minit per km tetapi apabila mencecah 11 km ke atas sehingga 15 km memakan masa 40-50 minit untuk 4 km tersebut.
Keadaan menjadi teruk di mana saya alternate berlari dan berjalan (rasanya berjalan lagi banyak) san bayangkan 6 km terakhi memakan masa dgn pace 10-12 minit perkm iaitu sejam lebih.
Tetapi akhirnya berbaloi apabila tamat dengan jayanya dan tak larat nak tangkap gambar. Saya sertakan gambar untuk sebagai kenangan.
Moral:
1) Berlatihlah setiap hari atau sekerap mungkin 4-5 km sehari.
2) tingkatkan pace sedikit demi sedikit
3) Setkan setiap hujung minggu buat long distance iaitu 10 km ke, 15 km.
Jadi inilah pesanan saya yang ultimate:
Dont ever run a half marathon or full marathon without proper training to get the best time.
Is is horrible and terrible.
Mujur pagi ni dapat bangun kaki tak sakit sangat. Thanks ke atas training minimum yg membantu jugaklah.