Salam,
Peristiwa untuk September dan October ini adalah lebih berkisarkan makanan
Apabila kita ke kedai, membeli makanan, dan makan bila tengah lapar, dan lauk tu pulak kegemaran kita.
Maka kita akan makan dengan kenyangnya walaupun pelbagai pantang larang dilanggar
Tidak mengapa sekali sekala.
Sebab itu merupakan wang anda.
Cuma apabila itu bukan wang anda.
Seronoknya itu sebenarnya dikeliling kegusaran.
Akan dicari jalan menyembunyikan.
Jenayah dibuat juga walaupun SANGAT PASTI dalam hati ada rasa gusar.
Namun, jika telah hitam dan batu hati itu, maka jenayah dilakukan tanpa segan silu.
Ianya merosakan masyarakat.
Ianya memotong “queue” yang asli.
Mengakibatkan yang lain tergendala serta mengunakan hak dan masa orang lain.
Sebab itu dalam Al-Quran dan Hadith banyak sangat bab perkara ini.
Iaitu Rasuah dan Makan yang dari sumber haram.
Cari sendiri sebab anda Google pun banyak surah2 berkaitan perkara ini.
Teruknya masyarakat ini adalah bermula dari diri sendiri.
Jika kita tanamkan dalam diri untuk tidak terlibat.
Maka yang lain tidak akan buat.
Jika setiap rumah dalam satu taman ada perasaan tidak mahu terlibat.
Maka masyarakat itu akan sejahtera dan harmoni.
Dan akan lahir pemimpin jujur dan berwibawa
Tetapi jika busuknya seseorang itu, masyarakat menerima tempias.
Allah turunkan bala ke seluruh masyarakat. Bukan kepada seorang.
Tetapi hukuman di akhirat bergantung. Jika kita telah nasihatkan seseorang itu, maka sudah terlepas.
Tetapi jika dibiarkan tanpa nasihat, dan usaha kita, maka ada saham sedikit.
Nak sembuhkan masyarakat?
Mulakan dari diri sendiri dahulu.
Dan insyaAllah kita akan lahirkan masyarakat yang baik kelak.
Masyarakat yang memimpin sekarang sebahagiannya sudah rosak.
Yang muda ini sahajalah tinggal walaupun ada perosak juga.
Kita perbanyakkan yang jujur dan baik.
– Coretan Pagi
– 11.43 pagi, 20 Oktober 2016, Khamis