Salam semua,

Laman web saya ini sudah lama tidak dapat diupdate sentiasa.

Namun dikesempatan yang ada insyaAllah akan cuba gagahkan juga menulis sesuatu agar menjadi pesanan kepada diri sendiri.

Saya tulis ni pun sebab terasa terkesan dengan berita yang SPRM baru sahaja merampas berjuta juta wang tunai hasil rasuah.

Mereka yang direman ini adalah bertaraf Pengarah dan Pegawai Kanan.

Saya cuba bayangkan bagaimana seseorang mungkin dikalangan kita penuh etika bekerja.

Siang malam menyiapkan tugasan kerja

Dengan gaji RM2000 atau RM4000 atau RM5000

Tetapi bekerja penuh semangat.

Penuh jiwa dan raga membangunkan negara.

Balik lewat dan pergi outstation pula tinggal isteri dan anak.

Kemudian anda dengar berita begini.

Rasa macam tak kena sahaja.

Walaupun memanglah sudah ditahan.

Tetapi difikirkan sampai bila nak berhenti benda seperti ini?

Bagaimana nak elak kita dan rakan kita terjebak.

Terfikir juga bagaimana mereka boleh jadi begitu?

Kita hendak dapatkan dana bantu anak yatim pun puas ke sana sini mendapatkan RM1k atau RM2k.

Jawapan seperti yang disebut dalam Al Quran juga.

Nafsu

Tamak

Cintakan dunia

Tiga benda di atas inilah menyebabkan seseorang itu tidak takut kepada Allah SWT

Jalan yang diterokai sangat mudah.

Jalan nak buat jahat sememangnya mudah.

Tidak berliku langsung.

Sebab itu menjadi seorang yang beriman AMAT AMAT besar dan tinggi di sisi Allah.

Anda ingat senang ke nak jadi seorang yang baik.

Kita duduk dalam keadaan sekarang ini hasil kerja keras. Menjadi orang yang baik.

Ada yang cuba menjadi baik tetapi sebenarnya tidak.

Mereka menjadi JAHAT dengan MENGHASUT Dan MENYINGKIRKAN orang lain walaupun tidak menyebat wang dan rasuah.

Mereka bertindak atas nafsu pangkat.

Pendek kata

RASUAH dan GILA PANGKAT dengan cara yang salah sama sahaja.

Menggunakan pengaruh tanpa rasa bersalah.

.
.

Cubalah kekal menjadi baik.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s