Salam,
Banyak accomplishment yang berterabur di news feed facebook saya dan saya kagumi mereka atas usaha yang mereka lakukan untuk 2016 dan seterusnya mara kehadapan pada 2017.
Amat bagus diletakkan begitu kerana sedikit sebanyak membantu mereka yang lain juga mempunyai azam dan semangat untuk mengikut jejak langkah mereka tersebut.
Saya tiada yang terlalu umum cuma akan melakukan sesuatu yang 2016 dengan lebih baik pada 2017 dari segi intelektual, emosi dan tahap profesionalisme.
Benarlah ilmu membantu mematangkan kita lebih awal berbanding tanpa ilmu. Sebab itu ilmu penting juga.
Dari segi spesifiknya, saya ada beberapa misi yang realistik (saya hanya akan mencatatkan disini
dari segi duniawi sahaja kerana akhirat dan keluarga tetap misi utama saya)1) Kembali aktif bermain beberapa permainan games
2) Berjogging dan memasuki half marathon
3) Mengajar, menulis artikel penyelidikan, dan tugas tugas hakiki selaku pensyarah dengan lebih baik
Saya sebenarnya bukanlah seorang yang menang banyak award dan menjadi tumpuan di media sosial. Tapi bila search google nama sendiri. Alhamdulillah itu sudah dikira award bagi diri saya kerana ada catatan di alam maya hahahahha.
Mungkin tahun 2017 ke atas saya nak lebih ke arah team work project ataupun sesuatu yg melibatkan gerak sosial yang lebih aktif dengan individu2 lain.
Maksud saya adalah berbakti kepada masyarakat dan memasukkan diri dalam masyarakat dan kejiranan.
Itulah serba ringkas apa yang boleh dicatatkan.
Esok bermulalah sesi perkerjaan tahun 2017. Semoga pasti ianya menjadi lebih baik insyaAllah