Dua minggu lagi semester nak bukak

Salam,

Tinggal dua minggu lagi semester kedua universiti awam akan bermula.

Persediaan seperti biasa adalah dari segi updates nota, lab experimen atau sebarang ujian, kuiz dan lain jika diperlukan.

Yang hakikatnya saya rasa kebanyakkan pensyarah pun tidak update sangat begitu juga saya kecuali jika ianya benar-benar perlukan update seperti perubahan software atau sudah 10 tahun menggunakan nota yang sudah ketinggalan zaman.

Semester kali ini mungkin penting kerana banyak perkara akan berlaku.

Antaranya mungkin akan ada pilihanraya atau tidak.

Mungkin banyak ditumpukan kepada unsur keusahawanan (saranan Menteri Pendidikan).

Dan pelbagai perkara lagi.

Entri ini ditulis sebagai public diari buat saya sebagai apa bakal berlaku pada sekitar tempoh post ini ditulis.

Kemungkinan saya akan mengusahakan juga penyusunan kedudukan meja dalam makmal supaya nampak lebih bagus untuk pengajaran subjek game.

Memandangkan kita sudah kearah penerimaan game sebagai satu perkara penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, maka para graduan game sudah boleh berbangga dan semakin banyak perkara menarik akan berlaku.

Bezanya game dahulu dan sekarang adalah game pada masa kini sudah diserapkan unsur pengajaran dan nilai2 murni.

Sifat jangan berputus asa

Sifat berani dan bekerjasama

Sifat kekawanan yang tinggi

Bahkan, kelengkapan2 dalam game atau in game object/item juga diberi penerangan jelas dan representing real world items.

Jadi budak dapat belajar dan bermain pada masa yang sama.

Tapi harus diingat bahawa game ini harus dikawal dengan disiplin tinggi. Sama mcm kereta jika kereta disalah guna untuk tujuan buruk maka buruklah hasilnya.

Jadi saya tak sabar menanti generasi game ini semakin berkembang 5-10 tahun akan datang. 

Akan adalah game setanding Final Fantasy dan Call of Duty atau GTA dihasilkan sepenuhnya syarikat Malaysia?

Apa yang diperlukan adalah:

1) Staff – Game Programmer, Designer, Etc

2) Software – Game Engine, atau buat sendiri game engine untuk membuat game, 3D tools, Audio Tools, dan lain2 lagi

Itu komponen penting.

Cuma yang menjadi masalah, how to get the best programmer, the best designer and the most important one:

The best idea for next generation game.

Okeh sampai disini sahaja.

Tuesday. 31 January 2017. 7.07 am. Melaka

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: