Salam,
Saya kagumi ulama sebab depa baca dan faham ayat Al Quran dan Hadith power dari saya.
Cuma bila saya tanya dalil kena jawab dan jelaskan terperinci.
Zaman dahulu, banyak orang2 tua sekadar cakap “ikut aja cakap orang tua jangan banyak soal”. Hasilnya, berlaku pelbagai kekeliruan akibat tiada penjelasan.
Anda tanya sahajalah orang2 tua anda yang umur 80-90 an yang masih hidup.
Tanya mereka punya ibu dan bapa kepada mereka bagaimana didikan. Faham apa yang saya cuba sampaikan? Cuba tanya mereka yang umur 80-90 an, bagaimanakah didikan mereka dari mereka kecil hingga umur mereka remaja.
Majoritinya pasti lebih kepada jangan banyak soal.
Sebab itu untuk maju dan menjadikan Kita ini unggul seperti pahlawan Islam dan ilmuan Islam tersohor adalah dengan berhujah dengan perkara benar.
Saya golongan Islam yang memerlukan hujah. Tidak semberono sahaja ikut macam kaldai. Setiap satu perlu diperjelaskan agar tinggi keyakinan terhadap ibadah yang dijalankan.
Bukan saya membenci ulama jika mereka tiada penjelasan, tetapi mereka harus jujur dan beritahu apa yang mereka tahu. Dan rujuk orang yg lebih tahu jika mereka tak tahu.
Saya jenis dahagakan ilmu sebenar. Hujah yang jelas untuk proses pemantapan imam dalam diri.
Itu tanda mengikuti Islam agama sejati.
Dan saya pratikkan, iaitu setiap kali anak saya bertanya, saya akan jawab sedaya upaya saya dengan hujah yang saya tahu. Dan saya akan cakap taktahu jika saya tak tahu. Mereka perlu membesar dengan didikan penting dan dengan hujah.
Saya amat pasti, hujah itu membantu proses pembelajaran dan jangan risau jika tak tahu. Jawab sahaja tak tahu dan akan saya selidiki kepada mereka. Dan berikan mereka jalan untuk bertanya orang lain.
Jangan takut dengan kekurangan ilmu yang kita ada.
Tapi takutlah dengan azab Allah kerana tidak berkata benar kepada orang yang bertanya.
Didik generasi baru dengan hujah. Berikan penjelasan.
Baru mereka menjadi sehebat Muslim Unggul zaman silam. Ilmuan terkemuka dan pakar teknologi terunggul merentasi semua zaman.
InsyaAllah mereka yang generasi baru ini pasti lebih hebat!!!!