Sekolah Kebangsaan Jitra 2

Published on

in

Assalamualaikum,

Sebentar tadi saya baru sahaja lepas melawat sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jitra 2 di Pekan Jitra.

Dari segi bangunan tiada pertambahan bilik darjah tetapi ada pertambahan bangunan makmal komputer dan surau.

Sudah 20 tahu saya meninggalkan sekolah ini iaitu dari 1997 dan kembali melawat pada hari ini di tahun 2017.

Dari segi sejarah, sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan berpindah ke Bangunan sendiri pada awal 1997. Saya UPSR di situ pada 1997 untuk batch UPSR pertama di bangunan baru.

Alhamdulillah sempat berjumpa seorang guru yang masih berada disitu sejak tahun 1997 iaitu Cikgu Shaharudin yang mengajar kelas saya Kemahiran Hidup tetapi sekarang mengajar kelas makmal komputer (di mana pada zaman saya tiada lagi subjek ini)

Difahamkan juga Cikgu Azizah yang sezaman dengan Cikgu Shaharudin juga antara dua orang yang masih disini. Saya rasa Cikgu Azizah ini mengajar saya Bahasa Melayu kot di SKJ II ni. Cuma saya tak berkesempatan nak jumpa beliau.

Demikianlah serba sedikit dan insyaAllah akan cuba melawat lagi sekolah dari semasa ke semasa. 

– UPSR 1997 SKJ II

5 Februari 2017. Ahad. Jitra, Kedah

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading