Salam,
Manusia ini satu entiti complex
Secara mudahnya semua manusia tidak sama maka itu menjadikan ianya complex. Maaf guna ayat bahasa inggeris.
Jika ada pun yang hampir sama untuk beberapa perkara seperti suka makan di restoran yang sama
Hobi yang sama
Minat yang sama
Ketinggian yang sama
Berat yang sama
Baju yang sama (ni memang betullah sebab pengilang buat baju beribu ribu unit so mestilah ramai pakai baju yg sama)
Dan pelbagai lagi.
Ragam pula pelbagai.
Ada yang jenis membaca tanpa fikir
Ada yang membaca tapi tak paham
Ada yang tak baca tapi main tibai aje sign agreement last2 tersontot sendiri.
Ada yang diberitahu Terms And Conditions dan bersetuju tetapi rupanya tak pernah baca pun dan sibuk bising2.
Semuanya berpunca adalah diri sendiri.
Itu yang menyebabkan wujudnya manusia yang complex.
Cara yang mudah untuk mengatasinya adalah mengabaikan sahaja.
Sapa yang tak baca Terms And Conditions kita abaikan.
Kita proceed.
Maaflah post kali ini berkaitan persidangan dan penerbitan yang dikelolakan di bawah pertubuhan NGO saya.
Di mana banyak yang tak baca Terms and Conditions.
Tanya soalan yang sama berulang kali tetapi penyelesaian ada iaitu kami reply guna Template yang sama.
Just copy and paste ke dalam email dan terjawab.
Punca? Tidak membaca Terms and Conditions dan terus proceed dengan pendaftaran.
Okeh itu sahaja buat masa ini.
Nanti saya tulis berkaitan benda lain pulak.
Biasalah hari ini sibuk sedikit dengan ragam orang yang perlu di balas di email NGO saya.
Rabu. 8 Februari 2017. 10.51 pm. Melaka