Saya nak share sikit zaman saya bermula main games.
Saya main game ni dah lama. Sejak umur 4,5 tahun lagi.
Kemudian masa sekolah menengah awal saya banyak simpan duit beli cd game cetak rompak.
Simpan duit makan untuk beli cd games
Tapi jangan ingat saya sekadar main game, saya juga memancing ikan dengan rakan2 saya di tali2 air dan tempat2 sekitar Jitra masa itu.
Kemudian apabila tingkatan 4 dan 5 saya ke MRSM Kuantan pula.
Saya juga fly (keluar tanpa kebenaran) ke cyber cafe berdekatan dan berhampiran taman perumahan di IKIP. Tapi ada juga yang saya menggunakan jalan sah untuk keluar bersama-sama rakan.
Selalu juga ke Berjaya Megamall Kuantan dan juga cyber cafe di Kuantan Parade.
Masa tersebut game Battlefield, Counter Strike dan Age of Empire sangat popular.
Ada banyak lagi game yang popular ketika itu tapi tak ingat apa yang saya main.
Kemudian ketika di universiti, saya bermain pula game Ragnarok Online dan juga game CS.
Kebetulan cybercafe menawarkan pakej 10 jam RM1 sahaja so lepak dari lepas isyak sampai subuh.
Kami solat di stesen mintak berdekatan.
Penuh suka dan duka semasa bermain game tersebut.
Secara aktifnya selama 2,3 semester dan kemudian banyak bermain di komputer sendiri sebab connection internet dah ada di hostel.
Payah zaman dulu sebab asrama takdak internet.
Dan
Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih bermain game.
Sebenarnya alat tidak boleh dipersalahkan.
Tetapi diri sendiri yang menggunakan alat itu patut dipersalahkan.
Jalan cerita kehidupan saya ini memanglah nampak buruk dan tak sesuai dijadikan contoh.
Tetapi tak perlu menyalahkan alat untuk menyedarkan orang ramai kerana dikhuatiri ianya AMAT MISLEADING.
So, bagi gamers di luar sana teruskan bermain game. Asalkan tahu apa diri ini perlu buat dan masa depan anda.