Jelajah Hotel – Avillion Cameron Highlands

Salam,

Kali ini saya menjelajah hotel Avillion Cameron Highlands pada 25-27 Julai 2018.

Pada penghujung Julai ini Cameron Highlands tidaklah sesak tetapi orang tetap ada datang dan melawat.

Suhu waktu siang sekitar 22-24 dan waktu tengah malam dan awal pagi boleh cecah sekitar 17-18.

Agak senang dan tenang melawat Cameron Highlands pada waktu ini memandangkan bukan musim cuti persekolahan.

Mujurlah tahun ini masih lagi dapat bercuti pada bukan cuti persekolahan. Mula tahun depan sudah tidak dapat lagi.

Okeh berbalik kepada Hotel, di mana saya memilih 2 Bedroom Suite pada harga separuh harga sebab bukan cuti persekolahan dan hari biasa.

Pro:-

  1. Baru dan staff bagus
  2. Semuanya perkakasan baru termasuk dalam bilik
  3. Luas dan jika diikutkan boleh sumbat 6-8 orang tu. Katil ada large bed dan twin beds. So empat orang cater tidur atas katil. Kat luar ruang tamu ada sofa style tidur boleh letak budak2 sebanyak 3-4 orang tidur. Kalau ada comforter bawak dari rumah boleh tidur bawah kat simen tp sejuk la kot. So cadangan saya better 6 orang je kot berbanding 8 orang. Melainkan ada bayi tidur sekali dgn parent and budak2 tidur atas katil dua orang ke 4 orang so mmg boleh 8 orang keluarga induk.
  4. Permandangan menarik jika memilih mengadap bandar
  5. Dekat sangat dgn restoran dan bank serta kedai2 mcm 7E. Jalan kaki je sebab dekat amat dan sejuk
  6. Balcony cantik ada karpet buatan.
  • Cons:-
    1. Pada awalnya pintu sliding menuju ke balcony tu rosak tp berjaya dibaiki.
      Tiles mcm sambil lewa je cuci sebab mcm kotor skit lantai dekat sebahagian tempat
      Master bedroom takde kipas untuk 2 Bedroom Suite ni. Kipas diperlukan jugak untuk tengahhari dan petang walaupun sejuk (tp sekitar 22-26)

    Tp in overall semuanya bagus dan menarik.

    Saya bagilah 4.5/5 bintang

    Published by razorjr

    Research and Academician

    4 thoughts on “Jelajah Hotel – Avillion Cameron Highlands

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: