Salam,
Saya kali ni nak share secara jujur berkaitan hotel ini.
Duduk sebab masuk event kat Setia City Mall
The Performance Series Shah Alam
Korang google la tengok benda apa ni
Dan tengok post larian aku
So, jum review
PRO:
– Tempat parking berlambak untuk sabtu ahad
– Ada kedai restoran berdekatan korang leh gi dekat aje
– Sekuriti dia jaga agak bagus siang malam sentiasa lock dan staf pun jaga kaunter bagus
– Tilamnya tak tenggelam dan selesa
– Water heater berfungsi dengan baik
– Menampal banyak elakkan maksiat punya poster sebagai salah satu langkah elak pasang tidak berkahwin tempah hotel tersebut atau duduk disitu
– Amat sesuai untuk sesiapa yang sekadar hanya duduk untuk mandi, rehat dan tidur sahaja urusan kerja dan peribadi atau program
– Bagus ada tempat ambil wuduk sahaja
– Aircond dan kipas serta TV disediakan dan berfungsi dengan baik.
CONS:
– Tidak sesuai untuk duduk bersembang atau menikmati hotel tersebut kerana tingkap pun tiada dan sempit
– Bilik agak berbau kerana pengudaraan tiada mungkin
– Tikar mat bilik tidak bertukar dan ada kesan kotor. Sepatutnya basuh dan tukar setiap kali pengguna baru masuk.
– Pengaliran air dalam bilik mandi/toilet agak lambat menerusi lubang air di lantai. Dikhuatiri tersumbat sedikit
– Tidak disediakan peti ice, cerek memasak air, coffee2 dan air mineral di DALAM BILIK.