Salam,
Kali ini aku ke Bandung membawa isteri dan dua anak aku ke sana setelah kali terakhir ke sana adalah tiga tahun lepas.
Travel kali ini menggunakan khidmat Andra Tour (search di Facebook atas nama Pakej Supir Murah Bandung).
Kami tiba pada 24 March ahad di sana dan pulang ke Malaysia kembali pads 28 March 2019
Berikut merupakam serba ringkas perjalanan kami
Hari Arrival – 1st day
- Lunch di Restoran Sederhana di Bandung
- Check in Hotel Hilton (semalam 1.1 juta dan kami ambil 4 malam TANPA SARAPAN – sebabnya akan diberitahu kemudian)
- Rehat dahulu (solat dan mandi dan rehat)
- Keluar balik jam 5:30 singgah di kedai kain Pesona iaitu sehala perjalanan nak ke Kampung Daun untuk makan.
Hari Kedua
- Pasar Baru
- Lunch Bungkus (Take Away) di Restoran Kedai Belacan
- Rehat di Hotel
- Malam keluar pula ke Kartika Sari dan bungkus sahaja di Ayam Penyet Surabaya sebab ramai orang
Hari Ketiga
- Jam 7 pagi bertolak ke Farm House Susu Lembang. Tiba awal tp tunggu jam 8 buka.
- Kemudian ke Tongkuban Perahu (Mahal beb 200,000 rupiah weekdays per person)
- Kemudian makan dulu di restoran Gubuq Makan Mang Engking Lembang
- Kemudian singgah di Floating Market.
- Balik ke Hotel dan order sahaja gune Gojek – Batagor Kingsley dan Surabi Imut Bandung dan Ayam Penyet Surabaya straight to Hotel.
Hari Keempat
- Jam 6:45 pagi gerak ke Kawah Putih – pelancong kedua sampai dan amat senang bergambar takde orang beb datang awal
- Langsung ke Glamping Lakeside Rancabali iaitu sebuah tasik yang cantik.
- Kemudian makan di Saung Gawir tepi bukit dan indah pemandangannya
- Kemudian ke Strawberry Farm petik sendiri
- Ke Kartika Sari lagi
- Balik Hotel dan kemas
Hari Pulang – 5th day
- Jam 6 pagi sudah ke airport
- Tiba di klia2 jam 12:10 tengahhari
==========================================================================
Okeh sekarang aku akan ceritakan satu demi satu apa berlaku ya:
1st day:
Amat penat juga, bergerak dari Zenith Hotel di Putrajaya sekitar jam 8 pagi dan tiba di Klia2 dalam jam 9 begitu. Parking Alhamdulillah ada banyak dan kami parking di C5. Setelah parking terus sahaja naik lif ke Departure Hall dan balut beg (satu beg sahaja). Walaupun beli 25kg + 20 kg namun guna 30 kg sahaja sebab beg seketul tu mmg berat.
Pemeriksaan kastam seperti biasa membawa budak kecik ni mmg kena banyak bersabar. Terutama si Zayn yang taknak dukung dan nak jalan aje kat bawah. So sebaik sahaja lepasi kastam maka selesa sikit hidup sebab beratur kastam ni mmg banyak orang dan kena banyak bersabar bagi org yang membawa budak kecik yang lasak terutamanya. Nak guna autogate tak boleh bagi bekerluarga dan ada anak kecik.
Naik flight sekitar jam 11:50 pg, tiba di Bandung sekitar jam 1:10 jam di sana. Masa sana tolak sejam jam Malaysia. So sampai masa ke belakang 1 jam. Tiba di sana airport dia ada la pembaharuan sedikit tp still padat jugak terutamanya kawasan baggage collection tu.
So lepas amik beg ada supir menunggu dah dan terus ke kereta. Makan dahulu masakan padang Restoran Sederhana walaupun lauk dia banyak yang kena masak balik sebab dah abis. Tp dpt jugak makan dan kos sektsr 166,000 rupiah (dalam RM50) jugak tu. Sebenarnya memang mahal pun makanannya tapi jika nak murah2 kena yang tepi jalan. Tapi sakit perut tanggung sendiri dan halal pun sukar ditentukan sumbernya. Kena tanya supir dulu baru kita tahu.
Kemudian terus check in Hotel Hilton. Kosnya 1.1 juta semalam dan 4 malam dalam 4.4 juta rupiah. Tanpa breakfast ya sebabnya memang akan bertolak pagi2. So tak perlu breakfast. Beli malam sebelum atau makan makanan yang dibawa dari rumah.
Selepas check in terus rehat dan mandi. Petang keluar nanti.
Sekitar jam 5:30 terus keluar ke Kampung Daun untuk makan2. Sangat bagus environmentnya dan banyak local people aje sebab time ni pun cuti sekolah juga bagi warga Indonesia. Sebenarnya 5:30 tu dah nak masuk mahgrib jam 6. So sampai Kampung Daun mmg dah mahgrib.
Kos makan Kampung Daun dalam 385,000 rupiah, iaitu hampir RM120. Tapi makan2 dia amat sedap dan lazat, tapi si Zahra tidur sepanjang di sana. So gambar dia tidur sahajalah yang ada.
Seterusnya pulang ke hotel dan berehat. Esok mahu gerak ke tempat lain pula. Ok cukup untuk hari pertama.
2nd Day:
Hari kedua di mulakan dengan bersarapan simple sahaja di Hotel. Aku tak ambil breakfast sebab takut makanannya tidak setanding local food diluar. Dan tambahan pula hari hari berikutnya banyak kena bertolak awal pagi.
So kami bertolak ke Pasar Baru dengan ditemani escort yang merupakan kawan kepada supir. Untuk makluman, Pasar Baru banyak pencilok so kena hati2. Tiada bayaran dikenakan sebab Andra Tour yang providekan escort ni. Tapi if nak bagi duit ikut sukalah.
So, wife aku aje yang membeli belah sebab anak2 aku sukar dikawal. So aku bawak ke tempat taman permainan di atas. Pelbagai mesin mainan di mainkan dengan range 1700 rupiah ke 2500 rupiah setiap kali main (murah beb macam 60 sen ke 80 sen aje) sekali main. So topup sampai 50k rupiah. Tapi tak guna habis pun sampai tinggal 17000++ rupiah aje.
Anak aku yg first lapar terus beli makanan kat situ juga makan gurame goreng dan ayam penyet. Total dalam 140k rupiah jugak tp bapak besar gurame dia dan ayam. Puas menghabiskan lauk. Dan bungkus yang lain2.
Selepas makan dan sambung main kat mesin mainan wife aku sampai dan terus keluar dari Pasar Baru. Singgah Belacan (restoran) bungkus makanan untuk wife aku.
Kemudian rehat di hotel sekitar jam 12. Jam 5 petang keluar lagi ke Kartika Sari beli brownies dan lain2 untuk dibawa balik. Kemudian bungkus makanan di ayam penyet Surabaya sambil supir terangkan cara gune Gojek Go Food apps. Mudah sangat!! Dan memang berbaloi guna sebab Bandung ni sesak dan tak perlu tunggu nak beli makanan.
Sempat kami bungkus melalui rakan supir Pak Hendra San Francisco Martabak Manis (macam apam balik Malaysia yang tebal). Coklat Cheese dan Coklat biasa, so dua bungkus. Sedap habaq hang. Memang bagus dan Halal.
So selesailah hari kedua ni.
Hari Ketiga:
Bermula jam sekitar 5-6 pagi bersiap dan sedikit bersarapan. Kami ke Susu Lembang Farm House dulu menunggu ianya buka jam 8. Bertolak jam 7 pagi lebih tadi. So sampai area 7:35 gitu. So tunggu ler setengah jam. Antara yang terawal sampai. So bergambar la puas2 kat sini dan spend dalam 1 jam lebih juga.
Seterusnya kami ke Tongkuban Perahu yang kosnya memang mahal iaitu sekitar RM60 seorang bagi foreigner. Ataupun 200,000 rupiah bagi seorang foreigner. Tu baru weekdays. Weekend 300,000 rupiah beb.
Sini kena banyak bersabar sedikit sebab banyak penjual barangan so pastikan bersabarlah ye. Tangkap gambar beberapa keping dalam 30 minit ke 45 minit aje kami. Tak lama walaupun bazir 600,000 rupiah.
Kemudian kami ke tempat makan di panggil Gubuq Makan Mang Engking Lembang. Bagi kami ianya ok aje. Tapi harganya agak mahal skit ya. Tapi pelbagai makanan ada. So kami kena dalam 385,000 rupiah (RM120++) untuk makan tengahhari. Lauknya banyak jugak.
Seterusnya kami ke Floating Market pula. Owner tempat Floating Market ni adalah sama dengan Farm House Susu Lembang. So kami tangkap gambar aje banyak sini dan memberi ikan makan. Tempat ni memang menarik tapi kami makin tak larat pulak. Adeh. Bawak budak memang banyak kerenah tapi memang best hahahahaha.
Kami sampai hotel dalam jam 2 lebe kot. Dan tak keluar dah tunggu esok lak keluar. So kami petang tu kat hotel gune Go Food order
- Batagor Kingsley (Halal ni)
- Surabi Imut (halal ni)
- Dan ayam penyet Surabaya
Jangan risau sebab kami dah diberitahu supir kedai makan mana yang halal dalam Go Food (kena download Gojek apps dulu dan dalam tu ada Go Food)
So memang mudah jika dah tahu mana kedai halal. Amat bagus Gojek apps ni.
Tamat hari ketiga ye.
Hari Keempat:
Kami bertolak jam 6:45 ke Kawah Putih. Destinasi memang jalan agak lancar sebab orang tak ramai lagi nak masuk keje. So sampai sana dalam jam 8 pagi lebih.
Sampai sana terus amik upah photographer disitu (mmg rezeki dialah). So upah dia tangkap gambar dan print beberapa keping gambar. Kos sekeping 20k rupiah. If just nak amik softcopy sahaja sekeping 10k rupiah. So banyak gak gambar kami tangkap pakai kamera kami sendiri juga.
Setelah sejam kami pun bergerak pula ke Glamping Lakeside Rancabali anrea. Situ kami just tengok tasik dan bayar 50k rupiah per person. So boleh main semua. Main Goleset iaitu macam go cart tapi menuruni bukit. Terbaik jugaklah!!! Hahahahahah.
Setelah spend masa sejam disitu kami pun ke tempat makan yang lebih sedap berbanding semalam. Namanya Saung Gawir. Tak ingat areanya tapi arah pulang dari Kawah Putih.
Seterusnya kami petik strawberry berdekatan tempat makan aje. Ade la dlm 1km dari situ. So kami petiklah mana yang warna merah. Hahahahhaa
Perjalanan pulang amik masa hampir dua jam. So memang ketiduran la kami. Sampai di bandar kami pun singgah sekejap Kartika Sari beli cheese stick dan salai pisang. Bungkus dan bawak pulang.
Sampai di hotel area jam 3. So kami rehat, solat dan esok akan pulang. Makan malam order Go Food aje. Pesan KFC kat sini nak rasa apa beza ayamnya. So memang tak rasa hamis dan tak berminyak pun ayam KFC sini. Kami order juga ayam penyet surabaya (order ayam penyet dan lele).
So petang dan malam tu just bungkus barang aje dan rehat.
Hari Kelima (pulang!!).
Ok airport serba baru, dan ruang menunggu juga bagus. Cuma kena beratur dua kali banyak orang iaitu time nak baggage drop dan time kastam. Kene banyak bersabar skit. Smooth tp banyak orang ye dan kecil. Tapi selesa ya.
So flight berlepas jam 9 sebab tedelay 30 minit. Sampai jam 12 waktu Malaysia dan terus amik beg dan bertolak ke Kedah. Sampai Kedah area jam 6:10 ptg. Alhamdulillah