Salam 30 Ramadhan 1440H,
Alhamdulillah sudah kita sampai penghujung Ramadhan 1440 H. Sungguhpun tidak disangka secepat ini masa berlalu namun harap apa amal yang kita buat diterima oleh Allah S.W.T.
4 June ni juga genap arwah ayah aku meninggalkan kami sekeluarga 11 tahun dah. Tak sangka cepat masa berlalu.
Dan bayangkan, apa agaknya akan berlaku 11 tahun lagi (2030) nanti?
Kita takkan sangka. Semua perancangan kita boleh lakukan tetapi Allah jua akan menentukannya.
Oleh sebab itu, kita kene tetap merancang supaya kita mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Okeh,
Banyak perkara yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini.
Antaranya adalah aku mengalami sakit keracunan makanan sehinggakan terpaksa melupakan beberapa hari berpuasa disebabkan perut tidak membenarkan aku untuk situasi TIDAK MAKAN. Disebabkan juga oleh keperluan makan ubat yang wajib untuk keracunan makanan aku sembuh sedia kala.
Masih ingat lagi, pada hari tersebut aku berpuasa seperti biasa namun apabila menjelang tengahhari terasa macam pedih di bahagian saluran di dada yang bergerak dari perut. Aku tetap teruskan puasa sehingga berbuka puasa seperti biasa.
Selepas sahaja solat mahgrib dan malam skit mula jadi tidak menentu dan terus ke tandas sentiasa. Kerisauan yang berpanjangan membuatkan isteri aku mengajak aku ke hospital pada sekitar jam 1 pagi lebih dan aku pun segera mengangkut anak2 juga ke hospital (mereka dah tidur tapi dibiarkan tidur dalam kereta sambil isteri jaga, aku sorang aje masuk bhgn kecemasan).
Maka aku pun masuk la bahagian kecemasan tu daftar, dan kemudian berjumpa doktor (aku sorang aje sebab memang takde orang pun awal pagi gini), doktor tu check perut dan tanya aku beberapa soalan. Dia suruh aku minum air teh (boleh letak gula) katanya, dan gaviscon jangan makan. Sebab aku dah telan gaviscon dah sebelum tu. Hairan juga kenapa takleh makan. hmmm. So dia tanya juga nak MC ke tak, so aku minta la MC sehari.


So ubat ni aku makan terus jam 2 pagi bila sampai di rumah.
Lepas tu cuba tidur dan apabila keesokkan hari nya (tidak dapat berpuasa disebabkan masih lagi mengalami simptom ke tandas lagi), rasa seperti tidak baik juga makan ubat yang diberi Hospital Pantai, Maka aku terus ke Klinik yang aku biasa pergi iaitu Poliklinik An Nur di Batu Berendam.
Disitu aku dapat ubat FOTAGEL, ubat ORS tu, Gascoal untuk angin dan Antibiotik kena makan 5 hari beb (mmg banyak ni la aku kena ganti puasa iaitu 5 hari beb).


Alhamdulillah hari kedua menunjukkan positif, dan seterusnya tetapi still masih dalam recovery sehinggalah hari kelima.
Hari Pertama: diarrhoea teruk
Hari Kedua: diarrhoea tak seteruk semalam tapi still ada. Perut sangat2 berangin dan susah amat nak tidur. Lemah amat.
Hari Ketiga: diarrhoea sudah sedikit tetapi angin dalam badan still sangat tak selesa dan perut bergolak2 lagi
Hari Keempat: Semakin sembuh dari diarrhoea dan angin dalam perut dan badan semakin baik menyusut.
Hari Kelima: Alhamdulillah semakin baik dan ubat antibiotik dah habis dan kesihatan kembali ke paras 90%-95%.
Alhamdulillah juga, hari ini aku juga dapat berpuasa sehari sebelum raya. Bab ganti akan digantikan insyaAllah sebab itu wajib dan fardhu selaku rukun islam.
Baiklah, itu serba sedikit cerita menjelang aidilfitri. Syukur sebenarnya bila tiada penyakit ini. Bila datang penyakit, makanan yang orang nampak sedap yang amat dan mahal pun nampak tak lalu nak makan.
Hanya air kosong jua yang mampu ditelan disamping roti kosong.
berkaitan2 lain isu, banyak isu juga yang berlaku sehinggakan kenkadang aku malas nak komen di facebook disebabkan agar sukar untuk menerangkan kebenaran. Kebenaran itu sememangnya pahit untuk diceritakan tetapi akan membawa kepada rasa puas hati kerana bercakap benar.
Tidak mengapalah, kenkadang aku pun terlepas cakap dan sebagainya, manusia ini mana ada takda salah. Kita manusia sentiasa ada silap dan salah. Semoga Allah Merahmati kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H
Maaf Zahir dan Batin
4 June 2019 jam 2:04 pm Selasa