Salam,
Saya ada terbaca artikel di https://medium.com/theumhack/in-depth-the-hard-thing-about-re-eingineering-malaysia-a2c04030794b yang sedikit sebanyak membincangkan arah tuju sesebuah universiti atau pelajar dalam mendapat pekerjaan atau terdedah dengan pengalaman yang baik bersama-sama industri atau kompeni di luar sana.
Berikut merupakan komen saya terhadap artikel ini.
- Bagi saya, dalam sesebuah universiti yang ada sekitar 10,000 orang pelajar atau 20,000 orang pelajar, ianya mungkin sukar dilaksanakan untuk keseluruhan pelajar. Bilangan industi yang mampu memasuki universiti pun mungkin sangat kurang berbanding jumlah pelajar tersebut untuk memberi pengalaman berharga kepada pelajar untuk terdedah kepada dunia industri dan syarikat di luar. Bahkan, mungkin sebahagian syarikat di luar tidak semua “sebulu” untuk sama-sama berganding bahu bersama industri memberi peluang kepada pelajar2 ini. Tetapi saya tidak menolak kemungkinan untuk masa hadapan mungkin akan berubah tetapi sekitar 20-30 tahun lagi di mana minda usahawan2 muda dan baru perlu digenerate terlebih dahulu untuk mindset mereka terhadap universiti ini lagi baik dari generasi sebelumnya.
- Tidak semua pelajar yang memasuki universiti ini merupakan pelajar yang betul2 solid dalam mengejar kerjaya dan impian mereka. Ini perlu diperbetulkan dulu mindset mereka. Adakalanya mereka memasuki sesuatu bidang itu akibat terpaksa atau sekadar mendapat Bachelor degree sahaja. Oleh itu, mindset dalam ibubapa sekarang dan diri mereka sendiri perlu disemai dari umur muda sekolah rendah dan menengah lagi agar dapat memasuki bidang yang diminati di universiti kelak. Jadi, ianya perlu diubah dari sekarang dan memerlukan sekitar 20-30 tahun lagi untuk bergerak.
- Polisi universiti perlu diubah juga agar sentiasa peka perkembangan industri sekarang. Keperluan IP dan sebagainya sangat penting agar dapat adaptasikan dalam dunia masa kini. Syarikat dan universiti perlu sekata dan sejiwa dalam hal ini. Kepentingan harus diketepikan terlebih dahulu dan melihat pelajar berjaya itu penting untuk long time investment dalam syarikat atau universiti.
- Dalam mengejar ranking, universiti lebih kepada faktor academic berbanding employability (hanya 10%) https://www.topuniversities.com/qs-world-university-rankings/methodology. Jadi, agak sukar untuk universiti nak cater perihal kerjaya sangat berbanding academic. Mereka mahu pelajar berjaya dalam universiti berbanding tahap employability. Tapi, penglibatan secara tidak langsung syarikat seperti melakukan penyelidikan bersama membolehkan pelajar berjaya dalam menghasilkan makalah2 dan penyelidikan universiti yang unggul. Namun ianya untuk kepentingan academic semata-mata (point) dan mereka yang kurang memberangsangkan memang tiada peluang untuk terlibat. Sebab itu dari 10k,atau 20k pelajar, tidak semua akan mampu berbuat demikian. Sekadar mendapatkan CGPA yang baik sahaja. Yang aktif akan terlibat dengan penyelidikan dan kerjasama industri .
Oleh itu, penting untuk sesebuah polisi universiti diadjust secepat mungkin agar semua pembaharuan dapat dilaksanakan dengan lebih awal dan menuju ke sasaran yang dikehendaki. Perancangan 10 tahun atau 20 tahun perlu dibuat untuk masa depan pelajar2 dan industri.