Teori Konspirasi Melawan Mufti

Oleh Dr Tanaka Mustafa

Posting asal:https://www.facebook.com/204757269664952/posts/2040660009407993/?d=n

TEORI KONSPIRASI PUNCA MELAWAN MUFTI

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Protes-protes begini bukan apa-apa. Hanya mengkhabarkan kepada kita betapa umat kita ni ramai lagi yang masih noob dan masih tak mendalami ilmu agama. Mana tidaknya, ilmu agama secara umumnya terhenti setakat Tingkatan 5 untuk peperiksaan SPM sahaja.

2) Itu pun kalau ambik SPM. Itu pun kalau ilmu dalam keseluruhan buku teks pendidikan Islam, pendidikan shariah Islam dan pendidikan al-Quran dan Sunnah tu dihadam betul-betul keseluruhan sejak tingkatan 1 sampai tingkatan 5.

3) Selepas habis SPM, tiada lagi pengajian agama secara khusus dan rasmi melainkan orang yang sambung pengajian dalam aliran agama dalam dan luar negara. Selebihnya, tak ada lagi pengajian agama di peringkat universiti jika memasuki bidang-bidang professional yang lain – melainkan yang rajin pergi cari sendiri ilmu agama secara informal. Yang mengaji agama sampai PhD pun belum tentu faqih sampai boleh jadi mufti. PhD bukan tiket tahu semuanya. Kena mengaji asing.

4) Bermakna, kefahaman agama majoriti umat kita hanya setaraf SPM sahaja masing-masing. Tapi ajaibnya, pakat jadi cengei habis bangkang fatwa mufti. Fatwa bukan dibuat sesuka hati. Jawatan kuasa fatwa bersidang dengan pelbagai kepakaran dan rujuk pelbagai kitab serta pendapat ulamak muktabar. Baru dikeluarkan fatwa. Tup tup makhluk level SPM bantah. Hebat sikit level degree saja mengaji, orang panggil dia ustaz – pi bantah mufti. Apa ingat mufti tak reti ka solat Jumaat tu fardhu ‘ain?

5) Apabila pemerintah menetapkan sesuatu peraturan berdasarkan ijtihad pihak berauthoriti seperti jawatankuasa fatwa, kita sebagai rakyat, ikut saja laa. Duk menyusahkan hidup buat apa duk pertikai. Duk pulun fikir pemerintah nak tanggung ka dosa apa ka, buat apa?

6) Nak pertikai hukum ka dosa pahala apa ka, boleh pergi join meeting jawatankuasa fatwa. Pi pejabat mufti diskus. Tanya jawatankuasa fatwa, mai kut mana hukum boleh tinggal Solat Jumaat yang kita tau fardhu ‘ain. Tanya. Duk buat demo tak ketahuan hanya tunjuk kita ni jahil saja.

7) Mufti dan JK Fatwa tertipu dengan permainan kuffar? Adoii, nak jadi Mufti dan AJK Fatwa bukan main aci lantik anak bini atau kawan-kawan. Mestilah orang-orang yang alim, faqih dan reti hal ehwal semasa. Kelayakan ditapis detail. Kena reti waqi’ semasa. Kena reti istinbat hukum berdasarkan kefaqihan ilmu dan kebijaksanaan menilai input semasa. Mesti laa depa lebih reti pasal permainan kuffar, permainan media ka, permainan apa ka.

8 ) Daripada depa duk layan teori-teori permainan kuffar, lebih afdhol mereka bersikap realistik. Hukum dan fatwa yang nak digazet mestilah berdasarkan perkara realistik, bukan berdasarkan khabar angin atau teori-teori yang tidak jelas. Mufti bukan level bawang.

Sekian

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: