Tahukah anda.
Universiti2 sebenarnya tengah ke arah di mana pembelajaran sesuatu matapelajaran/kursus/subjek itu tidak lagi secara by semestee tetapi sebaliknya secara “learn at your own pace”.
Contohnya anda ada 120 jam kredit. Kena habiskan dalam masa 4 tahun.
Kaedah lama setiap semester ada subjek2 tertentu ditawarkan dan ada pensyarah yang mengajar. Jadi benda ni berterusan sehinggalah semester lapan (programme 4 tahun).
Tetapi kaedah baru adalah anda ada 120 jam kredit dan sebahagian subjek2 ini anda boleh ambil pada bila2 masa dalam tempoh 4 tahun tersebut. Tidak terikat langsung dengan semester. Ambik la ikut suka anda sehingga tercekik atau terciduk.
Kaedah baru ini ada pelbagai jenis dan istilah seperti ODL, MOOC, Micro Credential dan lain2 macam lagi.
So ada subjek2 tertentu menggunakan kaedah ini. Memudahkan sebab pensyarah tidak lagi perlu diassign setiap semester kecuali update materials dan assessment sahaja.
Bahkan subjek2 yang memerlukan penggunaan makmal juga boleh dibuat kaedah datang ke makmal pada bila bila masa mengikut tempahan. Jadi contohnya Ahmad mengambil subjek A dan ada lab experiment di dalamnya memerlukan datang ke makmal. Jadi Ahmad just perlu menempah masa slot kekosongan yg ada pada makmal tersebut dan membuat ujikaji tersebut. Di dalam makmal tersebut mungkin ada pelajar2 lain yang membuat topik lain dan sebagainya. Masing2 belajar at their own pace tetapi dalam sela masa tertentu.
Ada sebahagian universiti sudah mula menawarkan kaedah baru ini untuk sebahagian kecil subjek2 dalam programme mereka dan ianya akan semakin berkembang.
Universiti nak kekal relevan perlu sebegitu. Ianya tidak lagi terikat secara semester. Itulah masa hadapan pembelajaran