Dalam kehidupan di dunia ini, akan ada satu titik penamat yang semua akan laluinya. Bahkan benda yang bernyawa akan melaluinya tanpa gagal. Iaitu kematian.
Pada 16 Februari 2022 sekitar jam 10:25 malam, mak mentuaku Noorlidah Binti Harun telah pun kembali ke rahmatullah.
Aku telah pun berkampung di KL sejak 15 Februari 2022 lagi sekitar selepas Maghrib. Waktu tu hari Selasa petang dan kami mendapat berita melalui whatsapp group famili wife yang mak telah pun agak kurang memuaskan kesihatannya. So, sekitar jam 8 malam bertolak dari Melaka dan tiba sekitar 9:30 malam di HUKM.
So, saya dan wife dapat masuk dan jumpa mak mentua masa tu yang sedang dipasang alat pernafasan. Oksigen mesin dibantu sebanyak 60% (maksudnya tambahan 60% kekuatan oksigen datang dari mesin – satu angka yang agak kuat juga mesin tu menghembuskan udaranya ke mulut sehingga menyebabkan tekak dan sekitar mulut akan kering). Anda boleh bayangkan pasang aircond yang paling kuat menghala ke mulut. Kering tak kering tu mulut anda.
So kesian jugak aku melihat mak mentua aku time tu, organ-organ sebenarnya dah banyak dah semakin kurang berfungsi akibat kanser tersebut mungkin atau kesan ubat yang sangat kuat. Harapan makin tipis sebenarnya.
Pada malamnya itu jugak, aku kena cuba inform dekan aku yang keperluan nak WFH dan Alhamdulillah sekitar 2 pagi dapat maklumat untuk aku memohon WFH. Apply through sistem dah dibuat. Dan terima kasih sangat kepada Dekan aku membenarkan WFH selama dua hari. Tak tidor sangat malam tu sebab jam 1-2 pagi baru tido.
Keesokkan harinya, pagi bermula dengan biasa aje. Cuma dapat khabar mak mentua menyebut nama pak mentua aku. So pak mentua aku pun datanglah pagi tu. Dan kemudian sebelah petangnya aku menghantar pak mentua aku pula sekali lagi sekitar jam 4 petang. Proses ulang alik dari rumah di KL ke HUKM makan masa sekitar 40 minit ke 50 minit sebenarnya.
Sekitar petang jam 6:15 pada 16 Februari 2022, sebaik sejam aku balik dari HUKM selepas menghantar pak mentua aku, terus dipanggil pula ke sana sebab dah drop oksigennya kepada sekitar 80 lebih. So kami pun bertolak dan parking kereta di HUKM. Aku menunggu dan menjaga budak2 serta sempat solat Mahgrib di HUKM tersebut. Makanan ada dibeli Hafiz iaitu suami si adik wife aku. Bolehlah alas perut.
Tempat solat di HUKM ni menarik, dibolehkan dibuat solat jumaat rupanya. Besar dan fasiliti lengkap. Alhamdulillah.
Sekitar 10 malam aku masuk dan berpeluang melihat mak mentua aku yang sedang nazak sekitar oksigen dalam 40++. Aku terkejut dan memberitahu wife aku itu dah sangat rendah tu. Lantas mereka pun mencari nurse dan nurse menyemak kesihatan mak mentua aku. Nurse suruh panggil cucu2nya melihat nenek mereka ini. Time ni aku tau, ini masa yang mak mentua aku akan pergi selamanya…
Tepat jam 10:25 ke 10:30 begitu, mak mentuaku kembali ke rahmatullah. Kami selaku menantu2 duduk di luar bilik tersebut mendukung anak2 kami bagi mereka melihat nenek mereka yang dikeliling anak2 kandung (wife aku dengan adik beradiknya). Itulah perjalanan terakhir mak mentua aku yang Alhamdulillah semua anak-anaknya berada disekelilingnya.
Aku pun bantu menguruskan anak2 bersama Hafiz dan pulang dahulu sementara wife aku dan adik-beradiknya menguruskan mak mentuaku. Aku beli McD aje Happy Meals 5 set kat McD di jalan MRR2. Ada hujan rahmat turun. Pulang kerumah dan makan sebentar sebelum solat Isyak dan rehat tidur. Sekitar jam 2 pagi juga tidur dan wife aku and adik-beradiknya juga dah balik ke rumah.
17 Februari 2022, persiapan disiapkan dirumah. Mak Cik Kiah disebelah rumah memberitahu aku untuk menyumbang sedikit makanan untuk dimakan nanti apabila pulang dari majlis pengkebumian kelak. Sekitar jam 10.30 pagi, jenazah mak mentuaku sampai di Masjid Al-Faiizin, Kepong untuk solat jenazah dengan sekitar hampir 100 orang juga rasanya (lelaki, perempuan dan anak2) datang. Bahkan ada rakan India mak mentua aku juga datang. Auntie Jaya namanya, dia sangat sedih sebab selalu berjumpa mak mentua aku semasa hidup. Terasa sedihnya itu bila dia cerita kat aku masa pagi tu dia datang singgah masa aku menyapu di hadapan rumah daun2 kering.
Selesai solat, abang aku dari UPSI menyapa aku. Dia pun sempat solat sama. Alhamdullilah kebetulan perlu ke KLIA untuk mengambil wifenya yang baru pulang dari Dubai. Sangat kebetulan. Namun dia tak sempat nak ke tempat pengkebumian.
Sempat juga wife dan adik-beradiknya melihat mak mereka buat kali terakhir. Akibat SOP ketat Covid19, tak boleh dilihat lama-lama sebab dikhuatiri ada kes COVID nanti. So, selepas selesai lihat jenazah, terus mereka bawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong (belakang Klinik Kesihatan Taman Ehsan atau Taman Botanikal FRIM).
Disitu, sekitar jam 11:30-12:30 tengahhari, kami berdoa dan menyempurnakan proses pengkebumian. Alhamdullilah semuanya selesai sekitar tengahhari tersebut.
Itulah sahaja rakan2 dan sahabat2 sekalian. Perjalanan hidup ini sememangnya akan tiba saat penghujung.
Hamzah. 17 Februari 2022. 2.41 petang. Khamis.


