Al kisah semalam.
Aku mmg hujung minggu layan kursus jenazah kat surau taman aku. Hari Ahad. 28 Ogos 2022.
Jam 7.30 pg dah kene standby dah sebab jam 8 start teorinya. Habis dalam jam 2 ptg gak beb ingatkan singkat aje tp mmg ni pun dah habis cepat. Patutlah ada yg sampai sehari atau amik masa dua hari. Dan ada yg kene cas bayaran. Tapi taman aku ni surau dia tak kenakan cas bayaran.
First time beb aku gi kursus jenazah ni. Mmg buat mandi betul2 and balut betul2 pelakon mayat/jenazahnya hahaha.
Banyaklah yg aku makin tahu. If sebelum ni ilmunya dlm sekadar 2 dari 10. Sekarang Alhamdulillah dah bergerak ke 6 atau 7 dari 10. Aku tak bagi perfect sebab kena betul2 buat dgn mayat/jenazah betul baru kata ilmu itu diamalkan dan dptlah 9 atau 10 dari 10.
Sebab tu ilmu ni penting beb. Jgn ingat ilmu yg kita belajar kat sekolah/univ aje. Ada PhD ke apa pun, ilmu pengurusan jenazah penting.
Aku tak lari pun hujung minggu ni. Arini isnin pun tak. InsyaAllah esok atau lusa kot. Atau Khamis ni. Rabu aku nak jenjalan dgn famili dulu pg2 sempena cuti Merdeka.
Berbalik kepada kursus soal jenazah ni, baik korang yg belum pernah pergi, pergi lah beb. Malu apa if tak pernah bersua muka kat surau atau masjid. Layan aje. If taknak malu, gi kursus jenazah yg kat tempat surau lain. Ilmu pengurusan jenazah ni penting. Takdelah semuanya suruh org aje buat nanti. Rugi if taktau.









