Arini aku amik nebulizer kat klinik. Sebab malam2 asyik batuk kuat nak buang kahak. Pastu dapat la ubat. Lepas dpt ubat terus amik baju yang aku tempah
Sahabat aku ni adalah bekas pensyarah di univ aku. Dia mmg suka sangat menjahit, dia tinggalkan profession pensyarah dia sebab nak bukak kedak menjahit ni. Ni gambar aku amik baju aku and wife aku yang aku dah tempah dari Disember tahun 2022 lagi. Skg untuk raya dia tak ambil tempahan dah sebab slot dah penuh.
Aku tengok mmg dia passion dgn apa yg dia buat. Dan itu ko tak tengok lagi ada sahabat aku dpt result first class masa UTM tp kerjaya dia skg pelukis komik tersohor.
Dunia ni works in mysterious ways beb. Aku dapat rasa, setiap orang itu ada sebabnya pilih sesuatu jalan itu. Ada orang sanggup jadi sekadar cikgu biasa, ada org nak jadi cikgu cemerlang, ada orang nak jadi pensyarah biasa, ada orang nak jadi sehingga Professor dan sebagainya.
Ada sebabnya walaupun aku dalam satu kampus univ, ada orang memilih path dia mmg nak stay begitu, dan ada yg aku dengar seorang pensyarah yang aku kenal cawangan beliau KL (beliau asal di kampus Johor tp skg di kampus KL) dah dia skg dinaikkan automatic ke Professor tanpa mohon pun sebab dah byk sgt jasanya.
Reward tu kadang2 eh jap bukan kadang2 tp aku rasa akan kompem dtg jika kita amanah dan jujur buat sesuatu tu. Dan kene suka apa yg kita buat.
Aku mmg suka apa yg aku tengah hadap skg. Aku ada kampus yg besar untuk aku berlari, dtg flexible masa as pensyarah, dpt masuk event larian, dan bayangkan ko main game tu digelar sebagai pekerjaan. Hahhaha. Cuma untuk kajian dan dptkan ilmu bagaimana perkembangan game skg.
Aku ckp ni sebab tak semua pensyarah game pun main game. Mana depa main PUBG ke, Mobile Legend ke. Boleh bilang dgn jari kaki aje. Game lama2 macam FIFA tu pun mujur ade sorang dua main pensyarah. Game2 terkini God Of War, Ghost of Tsushima ke, Assassin Creed ke, PUBG ke, ML ke tu dah rare dah.
Eh sembang bab game pulak. So, aku ingatkan diri aku ni, apa pekerjaan kita nk buat pastikan kita suka. Suka sehingga ianya bukan dianggap pekerjaan. Ianya mcm hobi kita. Kita buat sebab seronok. Tp Jadi administrator mmg tak seronok mcm aku skg jadi KJ. Walaupun still dpt buat apa yg aku suka tp bab admin mmg ko akan pening. Wakakakaka.
Okeh gaisss tu aje






