Alhamdulillah. Hari ini hari terakhir akan berkampung disini. InsyaAllah bakal selesai aktiviti fakulti aku sampai tengahhari ini. Seronok jogging dalam ni. Satu loop tu dalam 1km. Pusing 5 round dah 5 km.
Walaupun ini memakan hujung minggu aku bersama keluarga, tp mcm diorang dalam fakulti ckp. Ada yg dah masuk 20 tahun dah dari 2003. So skg dah 2023. Depa tanya aku, apa akan terjadi 2043 nanti. Tatkala depa dah pencen lama dah dan tinggal aku aje management yg wujud dalam tu sewaktu retreat ni. Aku pun taktau nak respon aku. Memang aku paling muda, tp aku pun nak hadam segala mak nenek ni mmg fuhh mencabar otak game aku yg suka main action adventure RPG game ni. Hahhahaha.
Ntah la gais. Aku teruskan tekan aje. Mcm lari, terus aje tekan. Penat berhenti, dah settle down tekan balik bila dah ada tenaga. If bosan rehat kejap, if ada motivasi run balik. Do what we can la kot. Aim high and good. And doa kat Allah InsyaAllah jika dah berusaha, ada lah tu kejayaan dan kemenangannya.












