Salam semua.
Aku nak ceritakan serba ringkas trip to Hatyai.
First sekali passport mesti ready. Dan aktif dalam masa 6 bulan. So check passport.
Kemudian, dptkan nombor whatsapp agen2 Insurance Thailand di Changlun. Korang just perlu cari orang dipercayai dan whatsapp geran kereta dan passport yg ada butiran korang untuk dibuat insurans Thailand serta Voluntary Insurance. Aku buat tambahan Voluntary Insurance sebab if aku terlanggar kereta atau kenderaan depa, insurans akan cover. Pampasan ke apa depa akan handle.
So buat awal pun boleh tak perlu whatsapp. Gi aje Changlun tu sehari sebelum gi Thailand.
Kemudian pickup la insurans thailand tu.
Dah settle insurans thailand buat Travel Insurance dgn mana2 agen insurans korang. Tambah satu lg insurans untuk cover kenderaan korang sampai ke Thailand.
So aku cdg korang buat empat2 ni:

Okeh once dah setel boleh book hotel di Hatyai. Dekat aje dlm sejam dari Jitra Hatyai ni. So aku cdg gi pagi2 jam 7 pagi bertolak dari Jitra/Alor Setar.
So pagi tu aku bertolak 5 March dan sampai area kastam Malaysia untuk cop passport keluar (duduk dlm kereta aje beratur).

Kemudian sambung drive aje ke bahagian kenderaan beratur. Tak perlu pun drop passenger kat bahagian passenger. Nanti semua cop passport masuk thailand kat bhgn kereta beratur.


Once dah setel sini. Korang kene pastikan owner kenderaan daftar kenderaan pulak. Driver aje turun. Kejap aje. Gambar nanti aku add sebab kat dashcam.
Okeh. Start masuk Hatyai dalam sekitar jam 8.30 pagi mcm tu. So kitorang pun menyusuri jalan2 sekitar lebuhraya ke Hatyai ni dgn tengok kabel2 elektrik tersergam kiri kanan jalan. Depa mcm tak letak Underground. Semua atas darat.
Sampai di bandar Hatyai dalam sekitar jam 10 mcm tu. Kitorang ke Kim Yong Market dulu. Tapi tak beli apa2 sgt dan parking better jauh dan jalan skit dari nak parking dekat sebab mmg susah dapat pun. Kitorang pun parking 400-500 meter jauh. Dan jalan aje pun boleh. Kat market tu hati2 sebab ada banyak binatang tak halal dan elakkan dari terkena.

Setel aje jalan2 Kim Yong market tak beli apa2 pun. Kitorang ke



Kai Tod Decha adalah nama restoran yang kitorang singgah. Jam 10 dia bukak. Waktu Thailand. So jgn ikut waktu Malaysia. Waktu Malaysia jam 11. Depa GMT +7 aje.
Makanan2 dia mmg besar2 portion and sedap betul. Berbaloi sgt dgn harga. Alhamdulillah.
Setel dari situ kitorang pun rase mcm nak check in hotel. Walaupun mcm awal tp kitorang nak singgah la jugak kot. Try tengok sebab time tu jam dalam pukul 12 waktu thailand.
Red Planet Hotel ni bagus jugak. Harga RM92 mcm tu. Ada parking tp limited adalah dalam 12-16 kereta aje boleh parking. Selebihnya korang kene parking luar.
Kitorang Alhamdulillah dpt check in awal dan berehat. Duduk searas semua kitorang. Tiga keluarga dgn mak aku sekali. Keluarga abang aku, adik aku dan keluarga aku.
Aku tido la kejap dan dalam jam 1 mcm tu selepas zohor (zohor 12 lebe ye sebab Thailand) aku dgn abang aku keluarga kejap ke 7E yg berdekatan. Sini 7E dia mmg padu beb. Mcm family mart la pulak dan ada air Meiji dan Burger frozen yang sedap tu. Harga Meiji air susu sekitar 28 baht mcm th dan burger sekitar 32-46 baht bergantung kepada jenisnya.
Siap ada microwave untuk panaskan dan dia asingkan yg nak panaskan yang halal food dan non halal food. Bagus 7E ni.
So setel beli 7E kitorang balik hotel dan nak bersiap jam 3 waktu Thailand nak ke Bingsu Nom6. Sini mmg best makan dessert dia aiskrim ni. Fuhh. Besar gile portion. Dua tu aje mcm dalam gmbr kitorang order. Satu tu boleh cater 4-5 orang.
Cuma space agak terhad dan parking pun terhad. Rancang betul2 perjalanan dan timing korang.



Selesai ke Bingsu, kitorang ke Floating Market. Kami tak makan pun sebarang makanan kat situ sebab banyak sgt org. So just jalan2 and tangkap gambar. Itu aje. Setel kitorang balik dan parking kereta untuk naik Tuk Tuk ke Asean Night Market. Sebab ASEAN Night Market mmg susah parking beb.


Di ASEAN Night Market ni korang leh makan kat bahagian atas tu. Tapi macam biasa rancang betul2 nak makan bila sebab mmg akan penuh if timing tak betul. Nak dpt meja kene tunggu ler org setel makan. Makanan2 byk dan boleh pilih nak makan ape.
Selesai makan leh turun bawah carilah barang2 souvenir dan baju/seluar yg menarik harganya. Kene tawar menawar gak. Ada yg tahu bahasa malaysia dan ada yg kene speaking english.

Setel aje ASEAN Night Market ni kitorang pun pulang ler untuk berehat. Penat gak beb seharian berjalan.
Senarai tempat yg aku gi. Tengok betul2 sebab ade yg bukak hujung minggu aje Jumaat Sabtu Ahad.





Hari Kedua
Hari kedua dimulakan dgn seawal jam 5 pagi bangun sebab subuh 5.12 pagi waktu Thailand Hatyai. So bersiap terus dalam jam 7 dah kene gerak dan kami check out siap2 sebab memang semalaman aje datang Hatyai ni. So jam 7 pagi kami bergerak nak makan sarapan dulu dekat Chabura Dimsum. Memang penuh tapi parking betul2 dan jauh sikit takpa janji ada parking. Aku parking jauh sikit dekat ada satu tempat parking dia. Dalam 200meter kot dari kedai tu.








Setel sarapan dalam sejam sini kitorang gerak nak amik gambar kat Central Mosque diorang. Google aje nak cari tempat dia dan guna waze. Pastikan semua guna waze ye mase kat Thailand ni. Hehehe.

Selesai bergambar latar belakang masjid ni, kitorang ke tempat baru tak jauh dari kawasan masjid ni. Di restoran sebenarnya tp nak masuk memang kena bayar entrance fee 30 Baht per person. Dalam RM4.


Korang leh Google and Waze tempat ni sendiri and tengok gambar2nya.
Aku sharekan tempat2 yg aku gi mase hari ni di Hatyai. Sebab lepas settle tempat ni terus aku balik ke Jitra, kemudian ke Penang and then singgah Ipoh makan sat. Jam 11.30 malam baru sampai rumah pak mentua aku tido kejap bermalam. Dalam pagi 7 March sekitar jam 9 pagi baru balik ke Melaka. Sempat singgah Tampin makan Lomak Salai dulu kejap



