Jelajah Tanah Air

19-22 Feb – Kembara Johor Bahru, Pasir Gudang dan Skudai

3-7 March – Kembara Jitra and Hatyai

15-18 March – Kembara Terengganu and Kuantan, Pahang

Alhamdulillah sebelum puasa aku menjelajah dan berpeluang ke Selatan, Utara dan Timur serta Barat (balik rumah mentua).

Setiap satu itu kebetulan ada urusan yang perlu diuruskan dan dpt bercuti disamping keluarga. Menyambut anniversary dgn isteri dan pelbagai lagi.

Kehidupan ini unik. Ianya tidak perlu stress dan terlalu skema. Birokrasi usah dilayan sangat. Anda patut hargai diri anda dan keluarga lebih dari segalanya. Itu yg amat penting. Reward diri anda dan jgn seksa diri anda.

Aku? Aku pun stress pun ada jugak. Mustahil aku selaku manusia tidak stress. Tp Alhamdulillah dikawal dgn baik dan aku suka buat apa yang aku nak buat. Aku kekalkan sikap aku mana yg baik dan improve mana yang tidak baik. Aku abaikan mana2 kata negatif dan buat bodo aje yang mengeji dan mengata.

Merasa aku ke setiap negeri. Melaka sememangnya negeri aku, Johor, kemudian Negeri Sembilan singgah kejap makan ada masa balik dari KL 2,3 minggu lepas. Kedah balik kampung. Perak ada singgah makan kejap sebelum bertolak ke KL. Selangor dan KL memang negeri yang dilalui. Pahang dan Terengganu yang terbaru. Cuma Perlis dan Kelantan aje tak pergi. Hehehehe.

So, bulan puasa lagi 3 hari (tak termasuk arini), selamat berfikir dan spend masa untuk diri sendiri. Bab keje biar di masa khas untuk kerja. Jangan time rest pun pikir bab keje kecuali benar2 penting atau mmg taktau apa nak buat. Aku bukak jugak laptop buat keje if mmg bosan gile tibe2 taktau apa nak buat.

Kerja pensyarah ni flexible. Bukan time 9-5 ye. Dia boleh clock in and out bebila masa. Dtg jam 10 ke, jam 4 pagi ke, jam 11 pagi ke. Ikut suka dia. Balik pun ikut suka.flexible. Sebab ianya KPI based. If datang 8-5 output pun ke laut china selatan. Tak berguna pun kat universiti. Itu lah tugas pensyarah.

So, kepada yang lain2 pekerjaan. Spend masa wisely. Bahagikan accordingly. Masa itu emas untuk semuanya. Family, pekerjaan dan juga masyarakat. Jangan dgn family and pekerjaan aje. Hidup kene berkomuniti dgn persatuan penduduk ke, geng larian ke dll lagi.

Hamzah – 19/3/2023

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: