Pain ni watak dalam naruto. Yg dikawal oleh Nagato.
If ade yg tak baca Naruto, anggap ada seorang villain nama Nagato atau Pain. Tp aku nak gelarkan dia sebagai Pain.
Pain dalam cerita Naruto ni asal dari tempat yg ditindas. Jiraiya selamatkan dia dan kawan2 dia dari kecik. Ajar martial arts untuk pertahankan diri. Sebab kat negara dia ni mmg teruk pemerintahan. Jiraiya ni datang sebagai tentera Konoha nak lawan pemerintahan negara yg Pain duduk ni. So kesian kat bebudak ni dia selamatkan dan ajarlah teknik2 mempertahankan diri.
Tapi Jiraiya and team kena balik ke Konoha sebab misi dah tamat walaupun masih ada peperangan, Pain and kawan2 ditinggalkan dan sampai satu ketika Pain berjaya kalahkan pemerintahan tersebut dan tubuhkan Akatsuki.
Pain pun berdendam dgn negara2 lain sebab tak tolong sangat dan biarkan negara dia terkontang kanting sampai dia sendiri kena usaha dan lawan bagi dia dapat conqueror negara dia.
So, dia pun nak musnahkan Konoha dan negara2 lain jugak sebenarnya untuk conqueror satu dunia.
Aku rasa Pain ni sama mcm Thanos. Thanos dalam cerita Avengers tu. Depa berdendam sejak dari kecik sebab negara/dunia kucar kacir. Jadi depa ada misi peribadi nak jadikan dunia ini “better”.
Tapi itulah, ada benda yg salah disini. Iaitu dendam tak menjadikan seseorang itu “better”. Dengan mengulangi benda yg sama iaitu memusnahkan dan mengucar-kacirkan negara lain last2 orang awam jadi mangsa.
Oleh itulah, sifat dendam ini bahaya. Jauhi jauh2 dan berfikir dgn baik. Orang kenkadang bukan taknak tolong, tp depa pun ada masalah sendiri di negara depa. Everyone got their own problem dan kekangan. Tp negara2 lain berusaha juga bantu mana yang boleh.


