Selamat Berpuasa

Salam to all.

Alhamdullilah, bersama kita sekali lagi berada di dalam bulan yang mulia ini. Di bulan mulia ini, marilah kita perbanyakkan ibadat dan juga hal-hal kebaikan untuk bekalan di hari akhirat kita.

Disamping itu, bulan ini juga merupakan bulan berjimat anda.

Anggapkan anda mempunyai buah kurma untuk sebulan. Mungkin sebanyak dua kotak = RM40 (Satu kotak RM20) khas untuk sahur. Air? Cuba kita meminum air masak sahaja untuk sahur.

Kemudian, sewaktu berbuka, katakan anda spend sebanyak RM5 sahaja (samada memasak sendiri atau beli bawah RM5). Air juga, cuba praktiskan diri dengan hanya meminum air masak. Dan mungkin sekali sekala air berperisa. Sebenarnya, air masak itu lebih bagus dari apa juga air berperisa yang lain. Cuma lidah kita dibiasakan dengan air yang berwarna. Tetapi untuk lebih praktikal pada masa kini. Anggap anda masukkan juga air beperisa tersebut dalam spending RM5 anda.

Lebih bagus jika anda berbuka di Masjid 🙂

Jadi, selama sebulan anda spend untuk berbuka RM5 x 30 = RM150. Jadi hanya berbelanja makan sebanyak RM200 sahaja.

UNTUK PENJAWAT AWAM PROFESSIONAL YANG BAWAHAN (GRED 41) BASIC – purata gaji RM2500 – RM2800. Jika pembelanjaan sewa bulanan adalah RM250. Minyak RM200. Utiliti sebanyak RM100. Maka jumlahnya RM750. Mungkin bulanan kereta anda adalah RM600 dan simpanan untuk insurans kereta sebanyak RM150.  dan juga untuk kecemasan RM150. Maka Jumlahnya menadi Rm1650. Cukup bagi seorang pekerja awam professional dimana simpanannya mungkin menghampiri RM1000 sebulan. Setahun anda dah dapat RM12k (tidak termasuk bonus, pendapatan sampingan yang lain).

Jika sebelum ini anda selalu ke tempat membeli belah dan juga tempat2 lain untuk lepak2 bersama kawan2. Apa kata anda boleh jimatkan disitu, pergi ke masjid bertarawih, dan ke tempat kerja anda. Anda boleh membeli belah apabila mendekati raya.

Urusan berjimat cermat ini patut diamalkan dan percayalah bahawa anda dapat menguruskan dengan baik.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: