Assalammualaikum,

Tujuan saya menulis artikel ini bukan bertujuaan untuk menyokong atau membantah tetapi sekadar menyatakan pandangan saya dalam soal sekatan dan apa yang berlaku dalam beberapa hari ini.

Sekatan yang dijalankan oleh pihak SKMM jelas sekali dibuat tanpa memberitahu sebab yang jelas mengapa mereka menidakkan kebebasan internet kepada penduduk kita di Malaysia. Walaupun sekatan dibuat, tetapi tiada langsung masalah kepada saya kerana saya sentiasa dapat akses. TIdak 0.0001% pun terjejas kerana mereka tidak tahu apa yang mereka sedang buat sebenarnya.

Ini mengakibatkan kemarahan sesetengah individu yang menggunakan dengan penuh disiplin dan untuk menyimpan file mereka dengan sempurna kerana ketiadaan server yang perlu online 24 jam untuk menjaga file mereka. Sungguhpun ada Dropbox, tetapi filesharing ini juga bertindak untuk menyimpan file yang lebih besar dan juga membolehkan kita berkongsi artikel atau apa jua file-file yang dibenarkan.

Tetapi, akibat orang lain, pelanggan sebenar telah terjejas dan mereka langsung (SKMM) tidak berfikir yang mereka telah membelanjakan hampir RM200 setahun untuk membayar yuran filesharing tersebut.Sekali lagi walaupun saya dapat akses, tetapi mereka tidak sedar yang pengguna sebenar yang menggunakannya turut terjejas.

Apatah lagi kepada individu-individu yang menggunakannya untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

Kita cuba bertanya kepada mereka yang anti sangat piracy ini. Adakah anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang ada pirate software? Adakah mereka pernah membeli video CD original sentiasa? Adakah komputer dirumah mereka adalah 100% bebas pirate software? Betul ke mereka ini begitu ingin melindungi karya mereka (contohnya artis) tetapi pergi ke rumah mereka dan periksa laptop/macbook atau PC mereka sekarang. Adakah semuanya 100% original?

Dan tanya lagi, artis dibarat boleh kaya raya walaupun isu piracy ini ada. Kenapa ya?

Sebab mereka memang berbakat sebenar dan walaupun orang tersebut membeli karya pirate, mereka juga membeli original version sebab mereka menyokong artis tersebut.

Saya bukan menyokong piracy, tetapi cuba anda fikir, setakat mana anda mampu untuk beli software RM10,000 untuk satu tahun? Dapat geran pun susah, dan jika dapat pun ciput betul. Tapi sibuk nak pertingkatkan penyelidikan. Saya pun sudah pening kepala dengan perkara tidak logik ini.

Ini secara tidak langsung menyebabkan mereka ini terpaksa dan berharap ada software yang lain lebih murah akan dijual. Tetapi tidak begitu kompetitif kerana cirinya yang agak kurang. Jadi, anda terpaksa bersaing dengan sangat tertekan. Bayangkan negara maju akan lebih maju kehadapan dan negara anda terpaksa berhempas pulas dengan software yang murah dan nak mengejar negara maju tersebut. Kesudahannya tidak akan kesampaian dan terjatuh di tengah jalan.

Saya dengan ini amat berharap agar satu tindakan yang lebih bijak diaturkan oleh pihak yang berkaitan. Piracy ini masalah global. Anda tidak percaya anda lakukan sendiri carian di internet. Tanya diri anda. Adakah anda 100% anti piracy dan langsung tidak pernah menggunakan pirate stuff in your daily life?

Contoh

– Dalam handphone anda, adakah anda download dan beli lagu tersebut secara sah?

– Dalam komputer/laptop/dan lain-lain komputer, adakah anda menyimpan software atau apa jua materials yang sah sahaja? 100% original?

– Dalam kelengkapan rumah dan kereta anda? Adakah anda menggunakan alat ganti tulen?

– Dalam kehidupan anda, adakah anda “pirate” kan kehidupan anda dan bukan ikhlas? – bermaksud buat kerja kerana terpaksa, dll

Susah sebenarnya menterjemahkan hidup ini. Hidup ini kompleks dan perlu kerjasama semua orang. Perlu bertimbangrasa sedikit dan jangan main hentam kromo sahaja.

So, berfikirlah dengan matang.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s