Assalammualaikum,
Terdetik di dalam hati saya untuk menulis sesuatu berkaitan semasa belajar dahulu di universiti (Bachelor Degree) dan juga pada masa sekarang mengajar subjek yang saya dahulunya juga pernah mengambilnya di universiti.
Sering kali kita melihat apabila mengajar, ada sebahagian pelajar tidak dapat tangkap apa yang dimaksudkan dan semestinya kita tahu apabila sesuatu bilangan itu bertambah, maka apa yang diajar di hadapan tidak semuanya dapat tangkap. Cuba anda buatkan satu kajian. Bayangkan ada satu kelas ada 1 orang pelajar, 10 orang pelajar, 20 orang pelajar, 40 orang pelajar, dan 80 orang pelajar. Pastikan keadaan dan biliknya adalah sama. Pengajar juga sama.
Kemudian buat keadaan begini.
Kelas hari isnin, rabu dan jumaat. Masa pula berbeza-beza iaitu 8 pagi, 11 pagi, 3 petang.
So, kita cuba buat selama sebulan untuk setiap kategori tersebut. Experimen mungkin bermula dari 1 orang pelajar, selama sebulan. Diikuti oleh 10, 40 dan 80 orang (mungkin memakan masa selama 5 bulan). Mungkin juga boleh disingkatkan kepada 2 minggu sahaja untuk setiap ekperimen ini. Syarat-syarat lain adalah mereka ini mestilah dari lepasan SPM atau mempunyai kedudukan setaraf. Contohnya pointer 3.00 ke atas sehingga 3.10 untuk menjitukan lagi result.
Hipotesisnya (Ingat, Hipotesis sahaja):-
Kategori 1 orang pelajar – Tumpuannya adalah lebih, masa untuk datang ke kelas juga mungkin tepat pada masanya (hampir tepat kerana kedatangannya ke kelas sudah pasti dinanti oleh pengajar sebab pengajar tahu jika dia tidak datang maka nahaslah) dan insyaAllah resultnya boleh dikategorikan sebagai amat baik mungkin atau tidak amat baik. Pastikan subjek yang diajar merupakan subjek yang tidak pernah dipelajarinya. Kemungkinan juga pelajar ini belajar secara sendiri dan tidak boleh bergantung kepada orang lain kerana hanya dia sahaja mengambil subjek ini. Mungkin juga akan lalai kerana bosan tiada orang yang sama subjek dengannya. Ianya samada menjadi teruk atau menjadi bagus. Dua kemungkinan.
Kategori 10 orang – Disini tumpuan telah terbahagi kepada 10 orang. Kemungkinan ada sebahagian kecil yang tidak dapat tangkap apa yang dipelajari dihadapan. Kedatangan ke kelas bergantung kepada kawan2.Ada yang datang seorang diri dengan bersemangat. Dan ada datang secara bergeng. Disini terdapat pengaruh rakan. samada baik atau buruk. Mungkin ada yang datang awal atau ada yang datang on the spot. atau lewat terus.
Kategori 40 orang – Makin bertambah bilangan pelajar dan secara tidak langsung tidak mungkin kelas itu terlalu senyap berbanding kelas kategori 1 dan 2. Jika pengajar tidak stop mereka untuk berborak, kemungkinan mereka akan tetap berborak sampai akhir waktu. Kelas kategori 1 orang lebih senyap kerana dia sorang. Kategori 2 agak berbunyi sedikit. Kadar kehadiran dari semasa ke semasa mungkin rendah berbanding dua kategori diatas. Susah untuk dikawal pada peringkat ini kadar kehadiran kecuali dengan ketegasan. Result agak average mungkin.
Kategori 80 orang dan keatas – Ini merupakan satu nilai yang sememangnya sangat sukar dikawal. Kehadiran tidak dapat dipastikan kelinearannya. Kadar kehadiran ke kelas juga mungkin berbeza-beza. Tahap bising pastilah sangat tinggi berbanding kategori2 diatas. Kadar keputusan peperiksaan juga mungkin ada effect kepada sesiapa yang tidak ambil serius kecuali study sendiri jika tak dapat duduk dihadapan. Bayangkan 80 orang pack dalam kelas yang sama saiznya dan bayangkan tahap kesesakannya.Anda dapat nilai sendiri keputusannya. Sebagai pengajar, anda harus tahu apa yang perlu anda buat. Kadar ketegasan perlu bertambah jika bertambahnya bilangan pelajar. Kadar ketidakfahaman juga akan bertambah jika pelajar semakin bertambah. Kecuali anda memberi banyak bantuan dan pertolongan, pengajaran yang tersangat mantap, doa yang berterusan agar pelajar-pelajar faham (anda harus juga doa anak2 murid anda berjaya), dan juga semangat yang mantap.
Sebab itulah, saya ingin membuat analisis ini kerana sewaktu saya mula-mula ingin mengajar, saya sedar bahawa semuanya ilmu ini amat mudah, tidak seperti saya belajar dahulu. Mungkin ketegasan tidak ada ataupun tidak tahu arah tuju. Sekarang tujuan saya adalah mendidik pelajar-pelajar kita untuk berjaya.Tetapi adakah pelajar-pelajar mempunyai matlamat? Sekiranya mereka ingin berjaya, mereka harus tanamkan dalam hati untuk berjaya juga dan secara tak langsung mereka boleh study sendiri juga jika tidak faham. Ini universiti dan bukan sekolah. Jika dulu disuap secara besar-besaran, sekarang anda(pelajar) perlu menyuapkan sendiri. Pensyarah atau pengajar hanya sebagai penunjuk jalan sahaja. Latihan harus dibuat sendiri, tidak perlu tunggu pengajar memberikan latihan dan kemudian hantar. Pelajarlah membuatnya, dan pelajarlah akan check antara satu sama lain. Jika tidak faham teramat sangat barulah merujuk pengajar. Jika tidak faham, rujuk rujukan di internet, buku2 dahulu. Kemudian bertanya kawan-kawan yang faham, dan akhir sekali barulah berjumpa pensyarah atau pengajar untuk bertanyakan cara dan teknik. Dan pengajar tidak akan memberikan jawapan sepatutnya, Mereka hanya menerangkan konsep agar pelajar itu sendiri yakin dengan jawapannya. Mereka tidak boleh di didik dengan jawapan hanya pensyarah atau pengajar sahaja yang menentukan jawapannya.
Apa-apa pun, semua di atas adalah sekadar pandangan saya dan hipotesis saya. Perlu diingatkan juga, matlamat anda menentukan kejayaan anda disamping doa yang berterusan dan nikmat Allah S.W.T. Tanpa ini semua, anda tidak akan berjaya.
Waallahualam,
Tuesday 11.13 am, August 16th, 2011