Assalammualaikum,
Kredit sepenuhnya kepada Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)
Artikel Penuh di http://mynewshub.my/2012/03/09/airmata-si-ibu-lumpuh-yang-ditinggalkan-anaknya-di-bilik-hotel/
….
Namun, penulis ingat mengingatkan pada diri sendiri dan anda semua, mengenai sebuah kisah yang cukup terkenal pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail Bin Khattab selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.
Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.
Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.
Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.
Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.
Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.
Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.
Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakitkan hatinya.
Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.
Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.
Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”
Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.
Akhir sekali, mungkin kita boleh renungkan ayat ini yang dipetik dari Surah Luqman (31:14)
” Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
=============================================================
Saya tidak faham kenapa sehingga sebegitu sekali ada segelintir anak-anak di luar sana yang bukan sahaja membuang ibubapanya tetapi mengabiskan harta benda ibubapanya.
Jika sememangnya ibu atau bapa mempunyai wang dan kekuatan yang cukup tidak mengapa, ini sudahlah ibu dan bapa itu miskin tetapi meminta-minta pula.
Sepatutnya golongan muda patut sedar akan pentingnya berusaha sedaya upaya membantu ibu dan bapanya yang susah
Bagi yang mempunyai ibu dan bapa yang lebih kaya atau berada, seeloknya at least sekali kala membelanja makan atau minum di luar sebagai satu tanda penghargaan kepada mereka. Mungkin mereka lebih kaya daripada kita tetapi walaupun kita belanja mereka di restoran mamak sekalipun yang murah, yang penting niat kita untuk cuba menghargai mereka berdasarkan tahap kita.
Kes sebegini menjadikan hati saya terlalu pilu untuk difikirkan dan ini sememangnya masalah umat yang ketara.
Tidak luar biasa kerana ini juga terjadi sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi
Oleh itu, maka jadikanlah tauladan dan sentiasa menjaga ibu dan bapa kita selagi mereka masih hidup.
Mereka sudah membesarkan dan mendidik kita.
Mereka berhempas pulas memastikan keselamatan kita terjaga
Apa salahnya jika kita mengikuti kata-kata mereka yang baik atau menasihati mereka jika mereka tersalah dengan cara baik
Yang penting adalah keredhaan mereka.
Jika ibu dan bapa tidak suka sesuatu ini, maka ikutilah dan carilah jalan agar boleh membantu mereka berubah. Samada menyuruh kenalan itu berubah atau kita yang patut berubah. Jika ibu dan bapa tidak suka menantukan seseorang yang sekadar bekerja sebagai Pegawai A, maka kita boleh sarankan kenalan itu bekerja sebagai Pegawai B. Ataupun buktikan dengan bekerja sebagai Pegawai A, membolehkan anak kita hidup selesa.
Apa-apa pun, semuanya subjektif dan yang penting mendapat keredhaan Allah S.W.T.