Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, telah selamat saya pulang dari Bagan Lalang dalam menghadiri satu bengkel untuk satu persidangan yang dijangka berlangsung pada penghujung tahun 2012. Atau lebih tepat lagi pada Oktober 2012 ini.
Semasa saya berada di sana, antara berita-berita yang menarik perhatian saya adalah berkaitan kanak-kanak hilang ini.
Jika diikutkan, pada zaman-zaman kita kanak-kanak ataupun zaman ibu bapa kita masih kecil, mereka sebenarnya lebih bebas berbanding zaman kini.
Cuba anda lihat, mereka boleh berjalan berkilometer jauhnya untuk beraya antara kampung-kampung semasa musim perayaan, boleh pergi ke sekolah melalui kawasan kelapa sawit seorang diri atau pergi mengaji seorang diri tanpa sebarang ancaman (mungkin ada tapi terlalu sedikit)
Zaman kini?
Jika anda meminta tolong anak anda membeli barang di kedai sekalipun, kebarangkalian untuk hilang sangat tinggi walaupun kedainya terletak dalam kawasan yang sama.
Sememangnya zaman telah berubah dan saya ada pendapat mengenainya
Pendapat saya, zaman kini adalah zaman anda mesti monitoring ke mana anak anda pergi
Jika tidak diculik pasti dilarikan orang ke tempat lain. Seperti yang berlaku banyak kes orang kita dilarikan orang seberang ke seberang sana.
Oleh itu, cara monitoring mestilah bijak dan cerdik.
Tidak boleh secara kongkongan kerana ini zaman mereka juga lebih cerdik dan bijak daripada anda.
Jadi?
Anda harus cerdik dan bijak sekurang-kurang seperti anak anda atau lebih lagi
Anda mesti tahu teknologi, mesti tahu gaya sosial masa kini untuk mengelakkan anak anda tersasar dari foundation Islam yang sebenar
Anda mesti berilmu dan berakhlak baik kerana akhlak itu penting.
Seperti Rasulullah S.A.W. diturunkan kepada kita untuk menyempurnakan akhlak.
Jadikan segala sunnah nabi sebagai ikutan dan insyaAllah anak akan sentiasa patuh pada Allah S.W.T. serta ibubapanya
Susah?
Tiada istilah susah dalam dunia ini. Jika dibuat sedikit demi sedikit dan berusaha sedaya upaya atau semaksimum mungkin, pasti akan berjaya.
Jangan jadi malas dan kita harus bangkit dari tidur. Hidup di dunia bukan untuk berehat tetapi bertungkus lumus mencari keredhaan Allah dan pahala sebanyak mungkin.
Kesimpulan
Sentiasa peka dengan perubahan zaman.
Jagalah anak anda elok-elok terutamanya kepada sesiapa yang menghantar anaknya ke Nursery dan sebagainya. Mana tahu ada orang tiba-tiba mengaku yang mereka disuruh mengambil anak anda. Ada kes sebegini sudah dari dulu lagi.
Oleh itu, hati-hati dan peka dengan persekitaran anak anda.
Anak anda membesar mengikut persekitaran. Jika anda selalu membawanya ke persekitaran berteraskan ilmu, pasti anak anda sangat menyayangi ilmu itu dan mendalaminya.
Jika hiburan dicari pasti hiburan akan melekat dalam mindanya dan sukar untuk diubah apabila dewasa kelak.
Sekian.Sekadar pandangan