Dari seorang bayi

Published on

in

Salam semua.

Cuma satu perkara yang perlu difikirkan bersama

“Seorang bayi”

Bagaimana seorang bayi membesar dan diberi didikan menjadi seorang yang berjaya dalam Islam serta menjadi pahlawan unggul Islam seperti Salahuddin mendapatkan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian.

Bagaimana seorang bayi membesar dan mendapat didikan yang kemudian mendapat ilmu yang tinggi ke peringkat PhD

Bagaimana seorang bayi juga membesar dan diberi didikan sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya

Kemudian seorang bayi itu juga boleh menjadi seorang perompak, seorang yang takbur dan seorang yang hidupnya sia-sia

Ada juga bayi yang membesar dan diberi didikan sempurna akhirnya menjadi seorang yang korup akan kuasa

Ada juga yang membesar dan akhirnya melupakan tanggungjawab kepada keluarga

Pengajaran

Kita sendiri tahu, mengapa ianya terjadi begitu adalah disebabkan indahnya alam susunan Allah S.W.T. ini yang mewujudkan pelbagai jenis manusia. Setiap satu manusia tidak sesekali sama dengan manusia yang lain dan setiap zaman berbeza.

Maksudnya, seseorang itu hanya sekali sahaja dan tidak ada dizaman sebelumnya atau selepasnya.

Jadi, mengapa kita terlalu membeza-bezakan antara manusia?

Apabila mati kelak semuanya sama kerana mayat tidak boleh bergerak dan memerlukan pertolongan orang untuk memandikannya dan dikapankan serta dikebumikan.

Oleh itu, sentiasa bersederhana dalam kehidupan.

Kita asal kejadian adalah sama dan akhirnya juga sama.

Yang membezakan adalah amal sahaja.

Tujuan Allah menjadikan kita berbeza dari segi perwatakan dan rezeki adalah sebagai ujian untuk kita mencari ilmu akhirat.

Ilmu dunia kita merasa hebat tetapi ilmu akhirat tidak pula hebat.

Jika kita ada PhD dalam ilmu dunia, maka PhDkanlah ilmu akhirat bahkan lebihkan lagi.

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading