12 Unit ke 2 Unit? – Kekeliruan di Mydin MITC Melaka

Assalammualaikum,

Saya hadir ke Mydin MITC Melaka untuk membeli barangan pagi ini iaitu 12 Januari 2013.

Maka terpandang sebuah brochure terbaru

Image

Setelah meneliti beberapa barangan yang boleh dibeli dengan harga murah,

Maka saya terpandang benda yang saya dan isteri paling suka sekali

Iaitu:Image

Maka sudah pastilah jika beli 12 unit dapat harga sebegitu.

Sebab jika anda lihat di muka hadapan, Ikan siakap terhad 3 ekor harga RM6.88 seekor.

Takkanlah boleh beli 3 ekor aje. Kalau ekor yang keempat baru harga lain.

Ianya sama seperti saya beli Susu Dutch Lady sebelum ini.

Terhad 6 unit harga murah.

Cuma kali ini harga lebih murah dan ianya terhad 12 unit!!

Maka kami pun belilah dengan banyaknya

.

.

Apabila sampai di kaunter bayaran

Terkejut beruk apabila mendapati dalam sistem atau cashier kata terhad 2 unit sahaja dapat harga murah

Isteri saya pun menunjukkan bukti kukuh bahawa ianya 12 unit.

Mana ada kata 2 unit.

bahkan kami bertanya staff Mydin di tempat Susu Dutch Lady, pun kata harga sedemikian.

Maka kami menggunakan teknik customer always right dan setelah menunggu hampir 15 minit kerana kononnya hendak bertanya orang atasan.

Maka mereka (cashier) pun scan satu persatu (2 kotak Susu Dutch Lady untuk satu resit).

Aku guna kad kredit maka mereka terpaksa sumbat kad tu banyak kali dan aku pun kena sign banyak kali.

Puas hati juga apabila customer always right ni. Alhamdulillah.

Disertakan resit yang banyak pada hari tersebut.

Siap CIMB telefon kata betul ke ada buat transaksi sedemikian.

Aku jawab la ye benar sebab banyak kali sumbat kat mesin kad tu. hahahaha

Image

Lepas tu kitorang ke Klebang makan Coconut Shake dan Nasi Lemak situ untuk makan sarapan walaupun dah 11 pagi lebih.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: