Salam semua,
Sebenarnya saya sengaja mencari topik2 kehidupan orang ramai di luar sana berkaitan pengurusan kewangan. Antara yang saya jumpa.
– Isteri dan suami bekerja tetapi suami lebih mengharapkan isteri untuk membayar segalanya
– Isteri dan suami bekerja pada awal perkahwinan tetapi pada 2,3 tahun selepas itu suami tak bekerja dan mengharapkan si isteri bekerja sahaja
– Suami dan isteri bekerja tetapi pakai barang hebat-hebat dan di luar kemampuan.
– Suami dan isteri sekadar bekerja biasa dan tiada rasa dalam diri untuk mempertingkatkan kewangan diri untuk masa hadapan sehinggakan tiada simpanan untuk anak-anak dan masa hadapan.
– Ada yang bergaji RM2000 ke RM3000 secara kasar tetapi gaji bersih tinggal RM600 ke RM800.
Baiklah, apa yang terjadi sebenarnya?
Yang terjadi adalah apabila gaji baru sekecil alam tetapi berniat besar membeli rumah besar dan kereta besar.
Biar saya buatkan satu pengurusan kewangan yang positif.
Gaji kasar katakan RM5000 (setelah dipotong KWSP).
Peruntukkan 20% sahaja untuk kereta+minyak+tol = RM1000
Kereta = RM650
Insurance Kereta = 100 sebulan (setahun dapat RM1200)
Minyak = RM200
Tol = Rm50
Peruntukan RM150 untuk Takaful diri, anak dan isteri = RM450 (RM150 x 3 orang)
Peruntukan 30% untuk perumahan = RM1500
Streamyx atau Unifi/Bil Telefon/Api/Air/Astro = RM500
Makan/Minum/Barang Basah = RM30 sehari x 30 = RM1000 (dihampirkan)
Emak dan Emak mertua: RM200
Simpanan Sendiri/Isteri/Anak =RM100 x 3 = RM300
Jadi, totalnya adalah RM4950.
Dengan RM5000 sahaja, anda boleh simpan RM3600 setahun untuk setiap ahli keluarga.
Dengan mengira setiap tahun anda naik gaji. Maka jika berlaku tambahan anak setiap 2 tahun. Sebanyak RM250 sahaja diperuntukan. iaitu menjadi RM100+RM150 = RM250.
Saya kira dalam dua tahun ke tiga tahun anda boleh naik gaji sebanyak RM250. Jadi, anak pun jika jaraknya 2 ke 3 tahun, maka saya pasti anda boleh menyimpan duit.
Duit yang disimpan juga boleh digunakan untuk masa hadapan, melancong pada mana-mana tempat yang diingini.
Yang penting, sentiasa rancangan pembelanjaan dengan baik.
Alhamdulillah dahulunya kewangan tidak begitu stabil bagi saya, tetapi saya sekarang sangat selesa dan stabil dengan apa yang ada. InsyaAllah terus berusaha memperbaiki diri untuk ke arah lebih baik.
Ianya bukan berkisar berkaitan kewangan, tetapi soal menguruskan kewangan mengikut apa yang kita ada.
Marilah kita menguruskan kewangan dengan lebih baik. Bukan apa, ianya untuk masa hadapan disamping kita enjoy juga pada waktu muda ini dengan berpatutan.
Sentiasa ukur apa kemampuan kita. Tidak perlu melihat orang lain. Lihat diri sendiri.