Ramadhan yang ditunggu

Assalammualaikum,

Kini, tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan 2013.

Jika dahulu semasa masih kecil, Ramadhan ini tidak mendatangkan rasa dan kesan yang mendalam sangat dalam diri kecuali seronok berpuasa dan menunggu hari raya tiba.

Tapi bagi seorang yang sudah dewasa, berkahwin dan mempunyai anak. Rasa itu adalah sesuatu yang lain berbanding zaman kanak-kanak.

Kalau boleh, kita seperti mahu kekal di dalam Ramadhan disebabkan auranya yang sangat menakjubkan dan terasa seperti kita ini diberi kesempatan untuk berbuat pahala yang banyak.

Seperti satu peluang yang bukan sekadar keemasan, tetapi peluang yang tertinggi yang diberikan oleh Allah untuk kita rebutkan.

Kali ini, lain sedikit puasanya kerana anak saya sendiri sudah besar dan pastinya seronok disamping isteri dan anak untuk bersahur dan berbuka puasa.

Jika difikirkan, kehidupan seperti ini amat tenang. Walaupun tidaklah sehebat mana atau sekaya orang lain, tetapi merasa kehidupan yang sangat bahagia dan penuh keinsafan.

Bagi saya, setiap individu itu perlu merasa bahagia dan tidak risau dengan keadaan dirinya sudah cukup untuk dunia ini.

Yang lain adalah bekala untuk akhirat kelak kerana apabila meninggal kelak, harta yang banyak pasti susah diuruskan.

Teringat kisah berkaitan disebabkan sebuah kapak, 40 hari disoal. Walaupun ianya sekadar cerita tetapi apakah kita berdaya menjawab setiap satu harta yang kita peroleh ketika di alam kubur.

Bagi Malaikat di dalam alam kubur, mereka akan seolah-olah berkata “We have got all day” dan bayangkan anda disoal bertahun-tahun atau beribu-ribu tahun di alam kubur dengan pelbagai perkara.

Jadi, ianya satu pedoman dan petunjuk kepada kita agar mencari keredhaan Allah dan pandai membahagikan harta.

Sebab itulah terdapat banyak harta orang Melayu yang susah dibahagikan kerana waris yang meninggal tidak langsung membuat sebarang wasiat atau hibah. Akibatnya, semua perlu difaraidkan dan akhirnya pembahagian tidak selesai bertahun-tahun lamanya dan akhirnya tidak selesai juga dan turun-temurun tergantung dan tidak dapat dibahagikan.

Oleh itu, saya cadangkan anda membuat “Hibah”. Cari sendiri di Internet apakah itu “hibah”.

Akhir kata, selamat berpuasa kepada anda semua dan selamat menjadi insan terbaik disisi manusia dan juga disisi Allah S.W.T.

InsyaAllah

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: