Assalammualaikum,
Alhamdulillah, kita telah selamat menjalani ibadah puasa selama 4 hari.
Maka sudahkah kita pelbagaikan atau mempertingkatkan ibadah kita kepada Allah S.W.T.?
Kali ini entry saya berkisar mengenai Macbook 13 inch saya yang telah 34 bulan saya gunakan.
Bukan untuk menyatakan sesuatu yang buruk, tetapi sesuatu yang bagus.
Iaitu, telah genap 34 bulan macbook Pro saya ini berfungsi tanpa sebarang masalah. Tiada sebarang performatan diperlukan. Semuanya software yang digunakan dari awal 3 tahun yang lepas.
Cuma chargernya telah rosak akibat terputus talinya dan telah ditempah melalui Apple Store.
InsyaAllah minggu depan sampai charger tersebut.
Macbook pro ini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda perlu format dan sebagainya.
Bahkan, ianya berfungsi dengan elok dan itulah sebabnya software untuk Apple ini lebih limited berbanding untuk Windows based.
Kerana dengan menyekat ataupun memastikan sesuatu barangan itu digunakan khas untuk Apple sahaja, maka ianya menjaga barangnya daripada sebarang anasir luar.
Ianya seperti anda buat kek coklat anda sendiri dan anda sendiri makan. Maka, anda mengawal segala kepekatan dan kemanisan kek coklat tersebut.
Berbanding dengan membenarkan pihak luar campur tangan dalam membina kek, sudah pastilah ianya samada menjadi lebih sedap atau kurang sedap.
Macbook PRO ini akan terus digunakan sehinggalah dibolehkan.
Setakat ini Alhamdulillah semuanya baik dan dijangkakan dapat bertahan lebih kurang DUA tahun lagi memandangkan baterinya mungkin perlu ditukar dalam masa 1 atau 2 tahun lagi. Kerana setakat ini ianya bertahan dalam 4 ke 5 jam sahaja tanpa power source berbanding masa awal-awalnya dahulu selama 8 ke 10 jam jika tak silap saya.
Mungkin sebab saya dah banyak bukak video di Youtube untuk anak saya belajar memandangkan internet sudah mencapai kelajuan 8 Mbps di rumah saya.
Jadi, marilah kita berfikir, samada ingin bertukar kepada Macbook atau masih stay dengan Windows lagi?
Cuma saya akui, saya guna Windows based dekat PC di rumah saya kerana saya masih memerlukan versi Dekstop untuk kerja-kerja simulasi Computer Graphics saya.
Tetapi untuk bergerak, saya gunakan Macbook Pro ini.
Jadi, Macbook Pro atau another Notebook with Windows Based menjadi pilihan anda?