Berbuka puasa

Published on

in

Assalammualaikum,

Kini telah masuk 10 Ramadhan 1434 Hijrah, bermaksud kita sebenarnya telah melangkah selesai 1/3 dari jumlah 29 hari Ramadhan untuk 1434 tahun ini.

Alhamdulillah, hampir setakat ini, hanya sekali sahaja berbuka dengan juadah berbuka di luar iaitu pada 1 Ramadhan 1434 hijrah yang lepas. Dengan berkunjung ke Bazar Ramadhan Peringgit di Melaka.

Hari ini, telah pulang ke Kepong untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga mertua.

InsyaAllah, nanti masa balik Kedah dapat dua kali berbuka puasa di rumah Kedah sebelum berhari raya pertama dan kedua di sana.

Banyak lauk yang isteri saya masak untuk saya. Saya bersyukur kerana mendapat isteri yang pandai memasak dengan sedap dan juga menjaga anak saya.

Saya tidak perlu merisaukan anak dihantar ke pengasuh mahupun pusat jagaan. Jadi, kami sekeluarga akan continuously monitoring all activities and watch our daughter grow every second. Oh ya, semua lauk2 di gambar ini dimasak oleh isteri saya 100%.

Jadi, selamat berpuasa dengan sempurna dan memperbanyakkan amal ibadah di bulan puasa ini.

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading